"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Apa motif sebenar Najib ,Rosmah dan Riza Aziz ke China? (Gambar)

Rafizi membangkitkan persoalan mengapa Riza Aziz berada dalam jet kerajaan di dewan rakyat

Satu gambar menyerupai anak tiri Datuk Seri Najib Razak, Riza Aziz yang tiba di China dalam lawatan rasmi Perdana Menteri semalam mencetuskan persoalan orang ramai.

Bahkan, Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli juga mempersoal kehadiran Riza yang namanya disebut dalam dokumen saman Jabatan Kehakiman (DoJ) Amerika Syarikat sebelum ini.

"Kenapa anak tiri Perdana Menteri berada atas kapal terbang bersama Perdana Menteri?" soalnya yang juga Setiausaha Agung dan Naib Presiden PKR itu.

Riza yang pernah mendakwa dana 1MDB mencecah AS$94 juta (RM381 juta) dalam akaun yang boleh diaksesnya adalah hadiah daripada syarikat Aabar BVI itu dilihat antara salah seorang dalam rombongan ke China selama seminggu itu.

Gambar tersebut yang turut disiarkan dalam akhbar perdana hari ini menunjukan kelibat menyerupai Riza bersama Rosmah Mansor yang juga penaung Permata sedang menuruni tangga pesawat.

Ketibaan mereka di Lapangan Terbang Antarabangsa Beijing semalam disambut Duta Malaysia ke China, Datuk Zainuddin Yahya dan isteri, Datin Fairos Ishak serta Naib Menteri Luar China, Liu Zhen Min.

Gambar kelibat Riza yang viral di media sosial itu turut mengundang pertikaian dalam kalangan netizen.

Antaranya, mereka mempersoalkan jawatan penerbit filem Hollywood, _The Wolf of Wall Street_ yang dianggap banyak pihak sebagai filem lucah itu dalam kerajaan sehingga membolehkannya turut serta dalam lawatan rasmi kerajaan.

Tiada ulasan: