"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Guru didakwa rogol murid ditempatkan di PPD

Putrajaya – Guru disiplin yang dituduh merogol tiga murid di sebuah sekolah di Telupid, Sabah masih tidak dibenarkan kembali bertugas di sekolah dan kini diletakkan di bawah pengawasan khusus kementerian, kata Timbalan Menteri Pendidikan Datuk Chong Sin Woon.

Beliau menjelaskan guru berkenaan berusia 53 tahun kini ditempatkan di Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) sehingga siasatan terhadap pertuduhan tersebut selesai terutamanya oleh pihak polis.

“Kami tidak akan benarkan beliau ditempatkan di sekolah,” katanya berhubung laporan mengenai waris kanak-kanak berusia sembilan dan 10 tahun terbabit yang mendakwa guru berkenaan telah kembali bertugas di sekolah berkenaan.

Guru itu dilepaskan dengan jaminan polis.

Sin Woon‎ bercakap dalam sidang media selepas menutup Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Kementerian Pendidikan di sini hari ini.

Beliau turut mengulas saranan beberapa pihak, antaranya ibu bapa mangsa dan anggota Parlimen yang mahu tindakan lebih keras dikenakan berbanding hanya memindahkan guru itu ke sekolah lain.

Sin Woon berkata guru terbabit tidak boleh dibuang kerja selagi kesalahannya tidak dibuktikan mengikut undang-undang walaupun kementerian mempunyai kuasa untuk memecat kakitangannya yang melakukan kesalahan. 
-Bernama

Tiada ulasan: