"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Sanjeevan dakwa polis rosakkan rumahnya ketika serbuan

Nawar Firdaws
KUALA LUMPUR: Datuk R Sri Sanjeevan membuat laporan polis terhadap beberapa anggota polis yang didakwa merosakkan sebahagian rumahnya dalam serbuan pada Rabu lalu.

Pengerusi MyWatch itu berkata, anggota polis terbabit tidak memohon maaf atas tindakan “kurang ajar” mereka merosakkan sengkuap tempat letak keretanya.

Katanya, beliau membuat laporan di Balai Polis Kajang, semalam.

“Saya berharap tindakan akan diambil terhadap anggota-anggota ini, walaupun jika anda lihat kembali bagaimana semua laporan dahulu saya diabaikan, peluangnya tipis.

“Tetapi, saya masih berharap. Saya juga dalam proses berbincang dengan peguam saya untuk melihat jika saya perlu meneruskan tuntutan mahkamah untuk mendapatkan ganti rugi,” katanya kepada FMT.

Beliau menganggarkan pembaikan akan menelan belanja lebih RM2,000.

Sebuah BMW EX6 berwarna merah, 3 motosikal Demak EX90 dan sebuah motosikal Yamaha Ego disita dalam serbuan yang dijalankan 2 pegawai polis dan 10 anggota Skuad Taktikal Khas 3 yang menyiasat Sanjeevan di bawah Seksyen 45 Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram.
Menurut Sanjeevan, tindakan itu menyebabkan beliau tiada kenderaan untuk digunakan.

Beliau bagaimanapun cuba melihat keadaan dari sudut positif, seperti peluang bercakap dengan pemandu Grab mengenai masalah dalam pasukan polis ketika ini.

“Hari ini sahaja, saya ada 2 pemandu berkongsi pengalaman buruk mereka dengan polis. Mereka sendiri menyaksikan perbuatan rasuah.”

Sanjeevan berdepan sekurang-kurangnya 14 pertuduhan jenayah, termasuk pemalsuan, penipuan, fitnah dan pengubahan wang haram.

Kali pertama beliau ditahan pada 22 Jun lalu atas dakwaan memeras ugut “wang perlindungan” RM25,000 daripada seorang pengendali perniagaan nombor ekor.

Tiada ulasan: