"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Maut bergaduh dengan adik

Kuala Kangsar: Seorang lelaki berusia 42 tahun terbunuh selepas bergaduh dengan adik lelakinya di rumah mereka di Jalan Permai 2, Padang Rengas di sini semalam.

Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Ahmad Termizi Abd. Haq berkata, pergaduhan pada pukul 9.30 malam itu bermula apabila mangsa yang balik ke rumah dalam keadaan mabuk telah membuat bising sementara adiknya yang berusia 39 tahun sedang makan malam.

Katanya, berlaku pertengkaran antara dua beradik itu sebelum lelaki tersebut menampar adiknya yang sedang makan sehingga menyebabkan pinggan kaca yang digunakan pecah.

“Adiknya kemudian membaling pinggan ke arah abangnya dan terkena leher menyebabkan luka dan pendarahan yang banyak. Pegawai perubatan yang tiba di tempat kejadian mengesahkan lelaki itu telah meninggal dunia.

“Mayat lelaki berkenaan dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di Ipoh untuk bedah siasat dan permohonan reman terhadap suspek akan dilakukan hari ini bagi membolehkan siasatan kes dilakukan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.
-utusanonline

Tiada ulasan: