"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

IKLAN Hubungi: gigitankerengga@gmail.com


IKLAN TEKS

IKLAN TEKS Cuma RM10 Sahaja Hubungi: gigitankerengga@gmail.com

Putrajaya dan Istana tegang kerana calon peguam negara baharu

The Malaysian Insight
KRISIS perlembagaan kini menunggu kerajaan baru Pakatan Harapan (PH) yang dipilih oleh rakyat dengan Raja-Raja Melayu berhubung pelantikan peguam negara yang baharu.

Lebih 10 hari lepas, Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad menulis kepada Yang Di-Pertuan Agong memohon perkenan agar Peguam Negara, Mohamed Apandi Ali dipecat dan digantikan dengan peguam kanan yang juga pakar perlembagaan, Tommy Thomas.

Tommy adalah pilihan sebulat suara pemimpin PH.

Empat parti gabungan dalam PH merasakan pelantikan tokoh yang dihormati dalam bidang perundangan itu akan menghantar isyarat jelas kepada rakyat Malaysia dan dunia bahawa kerajaan baru ini serius hendak membetulkan institusi negara yang cacat.

Pelantikan itu juga diharap akan menjamin adanya seorang peguam yang cekap dalam perbicaraan yang boleh mengendalikan kes tumpuan termasuk pendakwaan ke atas mereka yang terlibat dalam skandal 1MDB.

Namun surat perdana menteri kepada Seri Paduka itu tidak ada tindakan selanjutnya, membawa kepada ketegangan antara kerajaan dan istana.

Sebaliknya, ada beberapa mesej dari Istana, meminta PH menggugurkan nama Thomas. Beberapa calon lain dikemukakan kepada Dr Mahathir termasuk seorang bekas hakim mahkamah tinggi dan seorang hakim Mahkamah Rayuan.

The Malaysian Insight difahamkan Raja-Raja Melayu yang lain juga menyokong pendirian Yang Di-Pertuan Agong. Mereka dikatakan bertegas seorang peguam negara hendaklah seorang Melayu dan beragama Islam.

Kebuntuan dan kemungkinan krisis perlembagaan ini disentuh oleh dua blogger yang dekat dengan PH. Dalam satu tulisannya, Syed Akbar Ali menyebut calon peguam negara pilihan Dr Mahathir disekat kerana beliau bukan Melayu dan bukan beragama Islam.

"Tiada apa-apa dalam Perlembagaan Persekutuan yang mengatakan bukan Melayu dan bukan Muslim tidak boleh dilantik sebagai peguam negara," tulisnya.

Beliau juga menulis pelantikan kabinet dan pegawai kanan kerajaan adalah budi bicara mutlak Perdana Menteri.

Tokoh wartawan A Kadir Jasin juga menulis di blognya menyatakan Perlembagaan Persekutuan jelas menggariskan batas kuasa raja berperlembagaan.

Bekas ketua pengarang Kumpulan New Straits Times itu juga menjawab pandangan tentang jawatan utama mesti disandang orang Melayu.

"Ya, memanglah kalau boleh orang Melayu mahu Melayu menyandang semua jawatan penting, tetapi apa gunanya kalau Melayu yang berjawatan tinggi itu zalim, perasuah dan bersubahat dengan penyangak dan pencuri," tulisnya.

Tiada ulasan: