"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Ahli Pekida ugut PM ditahan

KUALA LUMPUR: Polis menahan seorang ahli Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida) di Jalan Beverly Height, Ampang, kelmarin, selepas dipercayai melakukan ugutan jenayah terhadap Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, tangkapan lelaki berusia 38 tahun itu dibuat pada jam 4.40 pagi.

“Bagaimanapun, suspek mendakwa bahawa akaun Facebooknya telah diceroboh pihak yang tidak bertanggungjawab.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana menakutkan secara jenayah dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, ahli Pekida itu kini direman sehingga lusa bagi membantu siasatan.

Terdahulu, polis telah menerima laporan pada 31 Mei lalu daripada Setiausaha Pekida Selangor susulan terkesannya penularan sebuah artikel di media sosial berhubung kenyataan seorang lelaki yang mahu berperang dan menembak Dr Mahathir.
-sinarharian

Tiada ulasan: