"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

IKLAN Hubungi: gigitankerengga@gmail.com


IKLAN TEKS

IKLAN TEKS Cuma RM10 Sahaja Hubungi: gigitankerengga@gmail.com

Rakyat tugaskan saya untuk jaga PM

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mempunyai tugas yang perlu dilakukan untuk rakyat selepas memegang jawatan itu.

Namun bagi isterinya Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali, rakyat pula meletakkan tanggungjawab dan kepercayaan kepadanya supaya menjaga suaminya.

"Bagi saya, yang sangat rapat dengannya, tinggal pun serumah, saya bimbang mengenai kesihatannya.

"(Saya katakan kepadanya) "Saya jaga awak. Ini kewajipan saya sekarang. Awak ada tanggungjawab kepada rakyat dan saya mempunyai kewajipan untuk awak. '

"'Orang ramai minta saya menjaga awak dan saya hanya memainkan peranan saya'," katanya dalam satu wawancara bersama Malaysiakini di Yayasan Kepemimpinan Perdana semalam.

Berpakaian baju kurung berwarna keemasan, Siti Hasmah yang berusia 92 tahun kelihatan ceria ketika diwawancara.

Ketika dimaklumkan bahawa netizen meminta agar suaminya berehat daripada jadualnya yang ketat, Siti Hasmah menyokong saranan itu.

Siti Hasmah - seorang doktor seperti Mahathir - berkata beliau telah cuba meyakinkan suaminya agar berhenti sejenak sejak sebelum memegang jawatan perdana menteri lagi, tetapi usaha itu gagal.

"Dia akan kata, 'Saya baik, saya baik'. (Dia sedang) bersemangat, jadi saya perlu bersemangat bersamanya kerana saya mengikutinya ke mana sahaja dia pergi," katanya.

Bagaimanapun, Siti Hasmah berkata beliau kadang-kala harus bertegas terhadap suaminya itu apabila membabitkan soal kesihatan.

"Kadang-kala saya berbuat begitu. Saya sangat mendesak. Saya katakan 'Saya tak peduli'," katanya.

Ceramah lewat malam

Siti Hasmah berkata, jadual suaminya amat padat pada kempen Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) sehingga harus menghadiri ceramah di seluruh negara hampir setiap hari sehingga lewat malam.

Disebabkan Mahathir menjadi 'superstar' dalam setiap ceramah yang dihadiri, pihak penganjur biasanya menetapkan suaminya itu berucap di pentas pada jam 10.45 malam ke atas.

Bagaimanapun, Siti Hasmah berkata beliau masih terkejut dengan reaksi orang ramai dalam setiap ceramah yang dihadiri sepanjang tempoh berkempen.

"Ia luar biasa, terutama apabila mengikuti kempen terakhir. Walaupun hujan dan tanah becak, orang ramai duduk di atas tanah dan tidak bergerak sama sekali. Mereka sedia mendengar," katanya.

Saat yang tidak dapat dilupakan, kata Siti Hasmah adalah apabila orang ramai yang menghadiri ceramah 'menyalakan' telefon bimbit mereka apabila diminta berbuat demikian.

"Paling menarik bila mereka kata, sekarang nyalakan lampu' dan kamu akan dapat lihat ribuan lampu.


"Walaupun saya tak dapat melihat ramainya orang di hadapan kami, saya dapat melihat mereka di dalam lampu, bersinar.

"Ia adalah sesuatu yang harus diingati. Mereka sokong apa yang mereka mahukan," katanya.

Katanya, walaupun beliau dan suami telah melalui banyak kali piliha raya, namun detik seperti itu menyebabkan kempen PRU14 'luar biasa' dan sukar dilupakan.

Tiada ulasan: