"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

IKLAN Hubungi: gigitankerengga@gmail.com


IKLAN TEKS

IKLAN TEKS Cuma RM10 Sahaja Hubungi: gigitankerengga@gmail.com

Anwar mahu bertanding di PRK dalam masa terdekat

Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim merancang 'mempercepat' kepulangannya ke Dewan Rakyat melalui pilihan raya kecil (PRK) dalam masa beberapa bulan lagi.

Bagaimanapun, Anwar menafikan dakwaan beliau akan bertanding di kerusi Pandan, yang kini disandang isterinya dan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

"Saya akan cepatkan proses menjadi ahli Parlimen tetapi tidaklah segera," katanya sebagaimana dilapor media tempatan.

Anwar dipetik sebagai berkata oleh The Malaysian Insight partinya belum memutuskan kerusi untuknya bertanding.

Anwar dibebaskan pada 15 Mei lalu, berkata beliau mempunyai beberapa perjalanan untuk dilakukan sebelum kembali menjadi ahli politik sepenuh masa.

Berjumpa pemimpin dunia

“Minggu depan saya akan ke London untuk bertemu (bekas naib presiden AS) Al Gore. Beberapa hari selepas raya, saya akan ke Turki memenuhi jemputan dari Presiden Erdogan. Selepas itu jumpa dengan beberapa pemimpin dunia dan kawan-kawan saya

"Dan terdapat beberapa pertemuan penting dengan pemimpin dunia yang meminta saya mengunjungi mereka. Saya senang hati sebagai warganegara Malaysia biasa yang boleh membincangkan hal-hal secara bebas dan bertemu dengan rakan-rakan," katanya.

Perdana Menteri India Narendra Modi telah menyampaikan undangan kepadanya, kata bekas timbalan perdana menteri itu.

“Bila semua lawatan itu lengkap dalam beberapa bulan, maka saya akan tawarkan diri sebagai calon pilihan raya kecil," katanya.

“Ada orang kata saya tidak boleh jadi ahli Parlimen. Untuk jadi menteri, saya tidak dibenarkan. Jadi perdana menteri, belum lagi. Dan hendak jadi ahli parlimen, apa masalah mereka?


“Saya duduk di penjara 10 tahun. Saya dibelasah kiri dan kanan. Kemudian mereka kata saya tidak patut jadi ahli parlimen. Saya rasa pandangan itu melampau daripada sesetengah orang, kononnya kerana mereka takut saya akan ganggu (pentadbiran sekarang).

"Takkan saya tak boleh jadi ahli Parlimen biasa," katanya.


Pada 10 Feb 2015, Mahkamah Persekutuan mengekalkan keputusan Mahkamah Rayuan untuk membebaskan Anwar daripada tuduhan meliwat.

Pada 10 Feb 2015, Mahkamah Persekutuan mengekalkan keputusan Mahkamah Rayuan untuk membebaskan Anwar daripada tuduhan meliwat.

Mahkamah tertinggi juga mengekalkan hukuman penjara lima tahun.

Selepas PRU14, beliau mendapat pengampunan penuh dari Yang di-Pertuan Agong pada 15 Mei lalu.
-malaysiakini

Tiada ulasan: