"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

IKLAN Hubungi: gigitankerengga@gmail.com


IKLAN TEKS

IKLAN TEKS Cuma RM10 Sahaja Hubungi: gigitankerengga@gmail.com

Ketua Umno Bahagian Cheras pura-pura terkejut RM114 di Pavilion Residences?

Syed Ali terkejut RM114 juta di Pavilion Residences
Kow Gah Chie & Jasmine Foong
WAWANCARA | Ketua Umno Bahagian Cheras Datuk Seri Syed Ali Alhabshee mengakui beliau terkejut ketika mendapat tahu wang tunai yang dirampas dari Pavilion Residences di Kuala Lumpur berjumlah RM114 juta.

"Sudah tentu saya terkejut, saya juga terkejut melihat barang kemas dan beg tangan," kata Syed Ali kepada Malaysiakini dalam satu wawancara minggu lepas.

"Eh, bolehkah kamu beritahu saya, duit dan barang kemas jenis apa yang kamu simpan di dalam rumah kamu? Kamu beritahu saya, rumah siapa itu?" Soalnya.

"Saya sendiri tidak menyimpan wang sebanyak itu di rumah saya."

Syed Ali turut berkongsi kejadian tiga perompak bersenjata yang masuk ke dalam rumahnya marah apabila mereka gagal mencari wang tunai.

Tidak simpan wang di rumah

"Saya sedang tidur dan mereka kejutkan saya dengan parang, minta saya wang, saya katakan kepada mereka bahawa saya tidak menyimpan wang di rumah. Mereka menggeledah bilik saya sehingga ketika mereka tidak menemui wang tunai, mereka sangat kecewa.

"Jadi saya katakan kepada mereka, kamu jangan kecewa, saya ada barang kemas isteri saya, tak banyak, mungkin nilainya antara RM100,000 hingga RM150,000. Saya kejutkan isteri saya untuk buka (kotak selamat) dan berikan barang kemas itu kepada mereka supaya mereka tidak mengganggu kedua-dua anak saya yang sedang tidur di dalam bilik.

"Perhiasan itu pusaka daripada arwah ibu saya, kamu fikir saya tak sayang? Arwah beri kepada isteri saya sebelum dia meninggal tetapi saya perlu menjaga keselamatan anak-anak saya, jika tak beri, anak-anak saya akan diapa-apakan," kata Syed Ali.

Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak sedang disiasat polis di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001.
-malaysiakini

Tiada ulasan: