"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

IKLAN Hubungi: gigitankerengga@gmail.com


IKLAN TEKS

IKLAN TEKS Cuma RM10 Sahaja Hubungi: gigitankerengga@gmail.com

Polis siasat anggota sendiri selepas Jamal larikan diri

PETALING JAYA: Polis akan mula menyiasat anggota sendiri selepas Ketua Umno Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos berjaya melarikan diri daripada Hospital Pakar Ampang Puteri 25 Mei lalu.

Ketua Polis Selangor, Datuk Mazlan Mansor berkata tindakan akan diambil jika ada anggota bertugas didapati cuai.

“Kalau wujudnya elemen kecuaian kita akan ambil tindakan,” katanya ketika dihubungi FMT hari ini.

Jamal didapati hilang selepas 3 pendakwaan dibacakan kepadanya ketika sedang dirawat di hospital pakar itu. Pemimpin Umno itu menafikan dia melarikan diri daripada pihak berkuasa, pada awalnya mendakwa berlaku salah faham kerana meyangka proses ikat jamin sudah diselesaikan pada hari itu.

Jamal pada 30 Mei tidak menampilkan dirinya ke balai polis seperti dijanjikan kerana bimbangkan keselamatan dirinya dan merayu perlindungan Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Keesokannya, polis mengerahkan waran tangkap sudah dikeluarkan terhadap Jamal kerana melarikan diri daripada tahan yang sah.

Jamal dikatakan berada di luar negara dan Mazlan berkata polis sudah meminta kerjasama pihak berkuasa Indonesia untuk menjejaki pemimpin Umno itu.

“Serah diri lah. Apa nak tunggu-tunggu lagi bagi menyusahkan buat apa,” katanya

Tiada ulasan: