"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

TU DIA!!! SPRM serbu DBKL, rampas 8 troli dokumen

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyerbu Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) hari ini dan merampas dokumen sebanyak lapan troli.

Menurut laporan Malay Mail, sejumlah pegawai SPRM tiba di DBKL pada pukul dua petang dan meninggalkan bangunan itu dua jam kemudian.

Namun ketika ditanya, mereka berkata tujuan kedatangan hanya untuk mendapatkan dokumen dan enggan mengulas lanjut.

Semalam, Datuk Bandar Kuala Lumpur Tan Sri Mohd Amin Nordin berkata DBKL telah membatalkan sepuluh projek yang dianggarkan bernilai RM1 bilion.

"Terdapat beberapa projek yang saya batalkan. Tak kurang sepuluh (projek)... hampir RM1 bilion (nilainya).

"Mana-mana lagi projek yang belum ditender, saya telah batalkan," katanya ketika ditemui selepas bermesyuarat dengan Majlis Penasihat Kerajaan di Menara Ilham, Kuala Lumpur.

Ketika dihubungi berhubung serbuan hari ini, Amin hanya berkata DBKL akan memberikan kerjasama kepada SPRM.

"DBKL akan terus bekerjasama dengan SPRM dan membantu siasatan mereka," katanya kepada Malaysiakini menerusi Whatsapp.
-malaysiakini


-----GILIRAN KU NAN PULA 🗃📑📦


KUALA LUMPUR: : Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) merampas pelbagai dokumen bagi membantu siasatan berkaitan dengan penjualan 64 lot tanah milik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang dianggarkan bernilai RM4.28 bilion, hari ini.

Difahamkan, lima pegawai dan anggota SPRM terbabit dalam pemeriksaan kira-kira jam 10.30 pagi, di bangunan Menara 1 DBKL di sini.

Menurut sumber, tindakan menyita dokumen itu sebagai tindakan susulan daripada siasatan yang mereka jalankan.

"Antara dokumen yang disita itu diambil daripada Jabatan Perancangan Ekonomi dan Pembangunan DBKL sebelum dibawa balik ke Ibu Pejabat SPRM Putrajaya untuk tindakan selanjutnya," katanya.

Dua daripada lapan troli dokumen yang dirampas SPRM dari Menara 1 Ibu Pejabat DBKL hari ini. - BERNAMA

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan perkara itu.

"Kehadiran pihaknya di DBKL untuk mengambil dokumen berhubung perkara itu," katanya.

Terdahulu, Pakatan Harapan membuat satu laporan kepada SPRM Wilayah Persekutuan berhubung penjualan 64 lot tanah milik DBKL membabitkan keluasan 171.7 hektar di antara 2014 dan 2018.

Ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng, berkata pengurusan tertinggi sebuah yayasan yang terbabit dalam pembelian tanah itu perlu disiasat SPRM berhubung peranannya dalam penjualan tanah berkenaan.

Foto Johar Ismail.

Tiada ulasan: