"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

'Kita cuma henti langganan, bukan nak bakar Utusan'

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata kementerian pendidikan hanya menghentikan langganan terhadap akhbar milik Umno, Utusan Malaysia, bukannya melarang akhbar itu daripada dibaca.

"Langganan dihenti tapi kita tak larang orang nak baca, bacalah," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, hari ini.

Setuju dengan langkah itu, Mahathir berkata kakitangan institusi bawah kementerian pendidikan yang mahu membaca akhbar itu boleh membelinya sendiri.

"Pasal apa kita nak beli akhbar yang selalu hentam kita?

"Tetapi jika hendak baca, bebas untuk beli di luar sekolah (dan institusi lain bawah kementerian itu). Kita tak ada nak koyak atau bakar (Utusan Malaysia)," katanya lagi.

Beliau mengulas memo Kementerian Pendidikan yang mengarahkan semua sekolah, universiti, kolej dan institusi lain di bawah bidang kuasanya untuk menghentikan langganan terhadap Utusan berkuatkuasa serta-merta.

Memo bertarikh 18 Julai itu daripada pegawai khas menteri pendidikan, Wan Saiful Wan Jan kepada Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia Datuk Mohd Ghazali Abas.

Pengerusi Eksekutif Utusan Melayu (M) Bhd (UMMB) Datuk Abd Aziz Sheikh Fadzir semalam memaklumkan belum menerima apa-apa makluman tentang perkara itu tetapi berkata akan berjumpa dengan pihak kementerian untuk berbincang secara lanjut.

Berhubung dakwaan kakitangan lantikan politik dalam kerajaan yang dilantik sejak HARAPAN mengambil alih belum mendapat gaji, Mahathir meminta mereka agar bersabar.

“Kena sabar, kita ubah kerajaan lepas 60 tahun bukan sesuatu yang kita buat setiap hari. Proses sedang berjalan dan ia ambil masa,” katanya.
-malaysiakini

Tiada ulasan: