"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

4 alasan Rafizi mahu jadi timbalan presiden PKR (video)

Faiz Zainudin 
AMPANG: Rafizi Ramli hari ini mendedahkan 4 alasan beliau bertanding jawatan timbalan presiden PKR yang kini disandang Datuk Seri Azmin Ali.

Katanya, sebab pertama ialah beliau ingin memastikan Datuk Seri Anwar Ibrahim dilantik sebagai perdana menteri ke-8.

“Untuk jadi perdana menteri yang akan berjaya melaksanakan cita-cita refomasi, kita kena pastikan kerajaan benar-benar hormat suara rakyat dan adil.

“Saya bukan taksub dengan Anwar, tapi Anwar kena jadi perdana menteri, jadi beliau perlu mendapat mandat penuh di dalam parti,” katanya berucap di depan lebih 500 penyokongnya di sini, hari ini.

Naib presiden PKR itu berkata, sebab ke-2 beliau bertanding jawatan nombor 2 itu kerana mahu memperkukuhkan Pakatan Harapan.

“Jangan ingat bila menang Putrajaya, kita bersenang-lenang. Kalau kita tak berhati-hati, kerajaan (yang ditumbangkan) selepas puluhan tahun memerintah, akhirnya kembali selepas satu penggal.”

Bekas ahli Parlimen Pandan itu berkata, sebab ke-3 dan terakhir ialah mengekalkan gerakan reformasi serta menjaga kebajikan ahli PKR dengan menubuhkan koperasi, tidak kira beliau menang atau kalah dalam pemilihan parti bulan depan.

“Reformasi tidak terhenti apabila kita jadi kerajaan. Makin kita menang, makin kita kena pegang supaya apabila kita jadi kerajaan, kita tidak menzalimi orang lain.

“Kita perlu elak budaya feudal, tunggu cium tangan pemimpin, budaya wang, budaya jawatan dalam parti itu kita tolak. Jangan ada mana-mana pemimpin bawa budaya kotor ini dalam parti.”

Katanya, sebagai penganggur yang tidak mempunyai jawatan dalam kerajaan, beliau mempunyai banyak masa untuk memperkukuhkan parti.

Rafizi berkata, beliau tidak kisah ada pihak menganggapnya budak suruhan Anwar kerana yang penting gerakan reformasi dipertahankan.

“Orang kata saya budak Anwar, boneka Anwar ikut sukalah. Apa yang penting, kita nak kerajaan menjulang gerakan reformasi dengan mendokong pimpinan.”

Rafizi dijangka berdepan tentangan daripada Azmin yang sehingga kini belum mengumumkan sama ada beliau akan mempertahankan jawatannya atau bertanding jawatan lain.

Selain menyuarakan sokongan kepada Anwar sebagai presiden parti, Rafizi turut mengumumkan senarai pasukan “Kem Reformasi 20 Tahun” bagi pemilihan parti bulan depan yang akan meneruskan agenda reformasi PKR.

Berikut pasukan Rafizi yang akan merebut jawatan tertinggi PKR:

Calon naib presiden:
Nurul Izzah Anwar (Ahli Parlimen Permatang Pauh)
Datuk Johari Abdul (Ahli Parlimen Sungai Petani)
William Leong (Ahli Parlimen Selayang)
S Kesavan (Ahli Parlimen Sungai Siput)

Calon ketua Wanita:
Fuziah Salleh (Ahli Parlimen Kuantan)

Calon timbalan ketua Wanita:
Rodziah Ismail (Adun Batu Tiga)

Calon ketua Pemuda:
Akmal Nasir (Ahli Parlimen Johor Bahru)

Calon timbalan ketua Pemuda:
Raymond Ahuar (Ketua Pemuda PKR Sabah)

Calon Majlis Pimpinan Pusat (MPP):
Datuk Abdullah Sani (Ahli Parlimen Kapar)
Aminuddin Harun (Menteri Besar Negeri Sembilan)
Syed Ibrahim Syed Noh (Ahli Parlimen Ledang)
Dr Idris Ahmad (Adun Ijok)
Wong Chen (Ahli Parlimen Subang)
Lee Chean Chung (Adun Semambu)
June Leow (Ahli Parlimen Hulu Selangor)
G Manivannan (Adun Hutan Melintang)
R Summugam (Adun Bukit Selambau)
Nik Nazmi Nik Ahmad (Ahli Parlimen Setiawangsa)
Datuk Abdul Halim Hussain (Adun Batu Maung)
Bun Lai (Ketua Cabang PKR Klang)
Mohamad Imran Abd Hamid (bekas ahli Parlimen Lumut)
Dr S Streram (PKR Rantau)
Dr Zaleha Ismail (PKR Johor)
Nurin Aina (Ahli Parlimen Merbok)
Mohd Amin Abdul Mem (Ketua Cabang Semporna)

Tiada ulasan: