"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Daripada 18 jet pejuang Sukhoi hanya empat yang boleh terbang - Mohamad Sabu

Mohamad: Tak semua jet Sukhoi boleh terbang
Kow Gah Chie
PARLIMEN | Daripada 18 unit jet pejuang Sukhoi dibeli kerajaan Malaysia pada 2007, hanya empat yang boleh terbang dengan baik pada ketika ini, kata Menteri Pertahanan Mohamad Sabu.

Menurut Mohamad baki 14 buah kapal terbang penggempur itu sedang dibaik pulih oleh syarikat tempatan.

Katanya langkah itu diambil kerana syarikat penyelenggaraan yang digunakan semasa kerajaan BN sudah ditamatkan kontraknya.

Anggota parlimen Kota Raja itu juga menyatakan Tentera Udara Diraja Malaysia juga tidak lagi menggunakan perkhidmatan pesawat udara buatan Russia, MiG-29

"Bagaimanapun Angkatan Tentera Malaysia sentiasa bersiap siaga menjaga keselamatan negara.

"Kita tidak perlu bimbang tentang keupayaan itu," katanya semasa menggulung perbahasan menjunjung kasih atas titah diraja, di Dewan Rakyat malam ini.

Dalam ucapan sama Mohamad juga menyatakan Kementerian Pertahanan sedang mengkaji semula keperluan mengurangkan kos penyelenggaraan Tentera Laut Diraja Malaysia melalui penurunan jenis kapal yang ada.

"Misalnya dasar kita sekarang, ada 15 jenis dan kita hendak jadikan kepada lima jenis supaya kos penyelenggaraan lebih murah," katanya.

Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH) itu juga menyatakan kelengkapan ketenteraan memang akan menjadi usang dari semasa ke semasa.

"Ini yang kita hadapi, sebab itu alat tentera ini kita beli hari ini dalam keadaan baru, 10 tahun, 20 tahun lagi akan jadi lapuk.

"Justeru kita kita perlu kaji dari semasa ke semasa," katanya.

Tiada ulasan: