"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

'Ada kerusi kosong, saya mahu tanding' - Anwar

SG KANDIS | Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berseloroh mahu kembali menjadi wakil rakyat.

“Ada kosong di Sungai Kandis, ada kosong di Balakong dan ada kosong di parlimen sebab saya mahu bertanding,” katanya yang berucap dalam keadaan beranduh.

Dalam ceramah di Dewan Undangan Negeri (DUN) itu malam tadi, beliau tidak menyebut kerusi khusus parlimen yang dibangkitkannya itu.

Bagaimanapun, terdapat media mentafsirkan ucapan itu sebagai petanda akan ada pilihan raya parlimen bagi memberi laluan kepada Anwar kembali ke Dewan Rakyat.

Anwar dilapor berkata demikian kerana menegaskan kepentingan Sungai Kandis kepada Pakatan Harapan walaupun gabungan itu sudah mempunyai majoriti di Selangor.

Pada 2008, Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Ismail mengosongkan kerusi Permatang Pauh bagi memberi laluan kepada Anwar bertanding dalam pilihan raya kecil.

Pilihan raya kecil DUN Balakong akan diadakan pada 8 September depan.

Kerusi Sungai Kandis kosong susulan kematian penyandangnya Mat Shuhaimi Shafiei yang menghidap barah. Pilihan raya Balakong pula diadakan susulan kematian Eddie Ng dalam kemalangan jalan raya.
-malaysiakini

Tiada ulasan: