"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Pengerusi PKR Sarawak nafi ‘lompat’ ke parti pembangkang

Goh Pei Pei

KUCHING: Ahli Parlimen Julau Larry Sng menafikan akan meletak jawatan sebagai pengerusi PKR Sarawak untuk menyertai parti pembangkang, Parti Sarawak Bersatu (PSB).

“Tidak, saya tidak meninggalkan PKR. Saya tiada niat menyertai PSB,” katanya kepada FMT.

Sng berkata, beliau akan terus memimpin PKR Sarawak yang sedang bersedia menghadapi pilihan raya negeri akan datang.

Beliau disoal mengenai hantaran di Facebook oleh anggota PKR, Iswardy Morni, yang mendakwa Sng meletak jawatan daripada parti itu dan menyertai PSB.

“Jika saya berbuat demikian, saya sendiri akan mengumumkannya atau mengeluarkan kenyataan rasmi,” katanya dengan menambah tidak tahu mengenai hantaran Facebook itu.

“Saya tidak membacanya,” katanya.

Disoal sama ada parti akan mengambil tindakan terhadap Iswardy, Sng berkata tiada keperluan untuk berbuat demikian.

“Saya tidak rasa saya perlu menjawab komennya, apatah lagi beliau bukan pemegang jawatan dalam parti,” katanya.

Pada Disember tahun lalu, Sng mengumumkan akan meletak jawatan sebagai pengerusi PKR kerana lebih baik untuk parti jika dipimpin seseorang berbangsa Dayak menjelang pilihan raya ke-12 negeri itu.

Bagaimanapun, beberapa hari kemudian beliau memutuskan terus menjadi pengerusi interim, selepas pertemuan dengan presiden parti Anwar Ibrahim.

Tiada ulasan: