"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Istiadat pemakaman pemimpin ini telan belanja cecah RM911 juta!

WAN SITI AMINAH

Menjalani tempoh berkabung selama 10 hari, kerajaan telah membelanjakan kira-kira RM911 juta bagi urusan pemakaman seorang pemimpin.

Turut mengadakan acara sampingan sepanjang tempoh berkabung, kos itu terpaksa ditanggung oleh kerajaan United Kingdom (UK).

Dihadiri ratusan ribu orang, pemakaman bekas ketua negara UK, Ratu Elizabeth II itu turut menjadi tatapan umum seluruh dunia melalui kaca televisyen.

Menurut Kementerian Kewangan, kesemua kos acara yang berkaitan dengan pemakaman beliau ditanggung oleh jabatan kerajaan.

Ini termasuklah kos sepanjang jasad baginda ditempatkan di St Giles Cathedral Edinburg bagi membolehkan orang ramai memberi penghormatan terakhir.

Kementerian Dalam Negeri dan juga Kementerian Kebudayaan, Media dan Sukan perlu menanggung kos yang paling tinggi, lapor BBC News.

Kos yang ditanggung kedua-dua kementerian itu masing-masing ialah sebanyak £74 juta (RM416 juta) dan £57 juta (RM321 juta).

Mereka juga perlu membayar semula perbelanjaan yang dikeluarkan terlebih dulu oleh kerajaan Scotland, Wales dan Ireland Utara.

Mengejutkan, pendedahan kos itu telah mencetuskan pelbagai persoalan dalam keadaan ekonomi sekarang yang menyaksikan inflasi tertinggi.

Ramai juga yang mempertikaikan perbelanjaan sebegitu besar ketika sebahagian besar penduduk Britain sedang bergelut untuk meneruskan kehidupan.

Tiada ulasan: