"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Bintang Bollywood Saif Ali Khan ditikam enam kali

Reuters

Saif Ali Khan.

New Delhi: Bintang Bollywood, Saif Ali Khan, 54, sedang dirawat kerana enam kecederaan tikaman berikutan pergelutan dengan penceroboh yang memasuki kediamannya pada awal pagi ini, dalam kejadian di Mumbai, kata media.

Khan tinggal di sebuah apartmen di pinggir bandar Bandra, bersama isterinya Kareena Kapoor, yang juga seorang pelakon, dan dua anak mereka, Jeh dan Taimur.

Dia dibawa ke hospital berdekatan pada kira-kira jam 3.30 pagi hari ini dengan enam kecederaan, dengan dua kecederaan yang dalam, kata akhbar Hindustan Times, memetik Niraj Uttamani, ketua pegawai operasi hospital itu.

"Salah satu kecederaan lebih dekat dengan tulang belakangnya. Kami akan dapat memberitahu tahap kerosakan hanya selepas pembedahan," ia memetik pegawai itu sebagai berkata.

Polis berkata penyerang melarikan diri selepas kejadian itu dan siasatan telah dilancarkan, dengan anggota polis giat melakukan buruan, kata media.

Anak lelaki kepada pemain kriket dan bekas kapten India Mansur Ali Khan Pataudi dan pelakon Sharmila Tagore berkata, Khan adalah antara bintang Bollywood paling laku telah muncul dalam lebih daripada 70 filem dan siri televisyen, dan turut bertindak sebagai penerbit dalam beberapa tajuk.

Tiada ulasan: