"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Berkait SD: Enam ‘geng Hamzah’ dipanggil Lembaga Disiplin esok

Harapandaily

Enam pemimpin Bersatu yang dikaitkan dengan gerakan mengumpul Surat Akuan Bersumpah (SD) bagi mendesak Tan Sri Mahiaddin Yassin berundur dan memberi laluan kepada Datuk Seri Hamzah Zainudin akan dipanggil Lembaga Disiplin parti, esok.

Mereka antaranya Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan dan Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal.

Turut dipanggil ialah Ketua Bahagian Ipoh Timor, Muhammad Fadhli Ismail; Ketua Bahagian Ampang, Mohd Isa Saidi dan Ketua Bahagian Pendang, Abdul Razak Khamis.

Lapor BH, prosiding Lembaga Disiplin dijangka turut menyiasat dakwaan Wan Saiful yang juga Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu terhadap Setiausaha Agung parti itu, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Pada 29 September lalu, Wan Saiful mendakwa Azmin tidak layak untuk menjadi pemimpin Bersatu selagi kontroversi berhubung video tular yang didakwa membabitkan dirinya pada 2019 belum diselesaikan.

Tiada ulasan: