"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Dua mayat rentung ditemui dalam dan luar kereta

Malinda Abdul Malik
phonto-681x537
SUNGAI DUA – Dua mangsa yang rentung dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta di Jalan Permatang Baru Sungai Lokan, di sini hari ini, disahkan lelaki berdasarkan pemeriksaan fizikal.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, Mohamad Shoki Hamzah berkata, mayat masing-masing ditemui dalam dan di luar kenderaan tersebut.

“Maklumat awal menunjukkan keadaan fizikal kedua-dua mangsa adalah lelaki yang mana seorang ditemui rentung dalam kereta manakala seorang lagi di bahagian luar.

“Kedua-duanya disahkan meninggal dunia oleh pegawai Kementerian Kesihatan (KKM) di lokasi kejadian.
phonto-1-1024x893
Mayat dihantar ke Hopsital Kepala Batas untuk proses bedah siasat.
“Mayat kemudian diserahkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebelum dibawa ke Hospital Kepala Batas bagi tujuan bedah siasat,” katanya kepada MalaysiaGazette hari ini.

Mengulas lanjut Mohamad Shoki berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian jam 7.09 pagi sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Butterworth bergegas ke lokasi.

“Setibanya di tempat kejadian, pasukan mendapati sebuah kereta jenis Proton BLM terbakar dengan kemusnahan kira-kira 80 peratus.

“Kebakaran dipercayai berpunca daripada kemalangan jalan raya dengan sebuah motosikal.

“Identiti kedua-dua mangsa masih belum dikenal pasti dan kes kini disiasat oleh Pasukan Forensik Kebakaran (FIO) bersama polis,” katanya.

Tambah beliau, operasi tamat sepenuhnya jam 10.55 pagi. – MalaysiaGazette

Tiada ulasan: