"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Lagi kemalangan maut di Kedah: 2 rentung kereta terbakar di Plaza Tol Jitra

FMT Reporters

Bomba berkata kejadian pada awal pagi tadi itu melibatkan sebuah kereta jenis Honda Civic FD.
Keadaan kereta yang terbakar dalam kejadian di Plaza Tol Jitra, Lebuhraya Utara Selatan, arah utara di Jitra, Kedah pada awal pagi tadi.
PETALING JAYA: Dua maut selepas kereta yang dinaiki mereka terbakar dalam satu kemalangan di Plaza Tol Jitra, Lebuhraya Utara Selatan, arah utara di Jitra, Kedah pada awal pagi tadi.

Ketua Balai Bomba Jitra, Noor Azhar Tajudin berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada 1.05 pagi tadi, lapor Sinar Harian.

Noor Azhar berkata sebuah jentera bomba dengan tujuh anggota yang dibantu lima anggota Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Seberang Nyonya dikerahkan ke lokasi kejadian.

Katanya, setibanya di lokasi komander operasi bomba melaporkan kebakaran membabitkan sebuah kereta jenis Honda Civid FD dan api ketika itu sedang marak.

“Anggaran kemusnahan adalah sebanyak 85% dan hasil pemeriksaan menemukan terdapat dua mangsa rentung dalam kereta terbabit.

“Bagaimanapun, setakat ini identiti dua mangsa rentung itu belum dikenal pasti setakat ini, ” katanya.

Tambahnya, api berjaya dikawal pada 1.23 pagi dan kerja-kerja pemotongan kenderaan dilakukan untuk mengeluarkan mangsa.

“Mangsa kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

Tiada ulasan: