"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

SPR tidak faham atau sengaja buat tidak faham? / UBN Najib Altantuya / PKFZ

Pemerhati SPR
Suruhanjaya Pilihan raya (SPR) terbukti tidak faham atau sengaja buat tidak faham dengan bantahan yang dibuat oleh PAS dan akan-rakan PR yang lain.

Apa yang kita sering adu dan dakwa berlakunya masalah ialah berkaitan dengan undi pos, daftar pemilih, rasuah, penyalahgunaan jentera kerajaan, penggunaan wang ringgit yang melebihi had dan lain-lain.

Namun SPR mengalihkan tumpuan mereka untuk menimbang bagi melanjutkan tempoh bertenang antara 24 hingga 48 jam berbanding selepas pukul 12 malam menjelang hari pengundian yang diamalkan sekarang.

Pada masa sama, SPR juga sedia memberi kuasa kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) menurunkan semua bahan kempen termasuk bendera dan poster calon yang sebelum ini dilakukan oleh parti bertanding dalam masa 14 hari selepas selesai pengundian.

Kesediaan itu diambil selepas SPR mendapati kaedah sama yang dilaksanakan di Indonesia berjaya mendisiplinkan parti bertanding dan penyokong sehingga mewujudkan tempoh bertenang dalam erti kata sebenar dan sekali gus mengelakkan pergaduhan.

Tidak bermakna isu tempoh bertenang, pergaduhan dan lain-lain tidak penting tetapi yang paling penting ialah ketelusan, integriti dan keadilan perjalanan pilihan raya adalah lebih penting.

Jika sesuatu pilihanraya itu tidak telus dan integritinya dipersoalkan maka tidak ada gunanya ia diadakan. Dalam hal kecelaruan daftar pemilih dan perjalanan undi pos jelas dipersoalkan rakyat. Maka SPR wajib membetulkan perkara serta merta.

Soal pergaduhan dan perbalahan itu juga penting untuk ditangani tetapi ianya tidak menjejaskan integriti dan ketelusan sesuatu pilihan raya. Maka ianya boleh dikategorikan sebagai 'second priority'.

Malahnya langkah untuk mengatasinya boleh dilakukan seiring dengan masalah integriti dan ketelusan pilihan raya yang lebih utama.

SPR ternyata tidak mahu memperbaiki perjalanan pilihan raya agarnya ianya lebih telus dan adil sebaliknya cuba mengalihkan isu kepada isu keselamatan dan lain-lain.
-harakahdaily.net-

Tiada ulasan: