"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

SUARAM: Rekod Hak Asasi 200 Hari Najib Buruk / UBN Najib Altantuya / Zambry / PKFZ

ekod 200 hari pertama Najib Razak sebagai Perdana Menteri terus dihantui dan dipalitkan dengan skandal pembunuhan model wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu yang sehingga kini belum menemui jalan keluar bagi beliau.

Menurut kad laporan hak asasi manusia yang dikeluarkan oleh Suaram, badan bukan kerajaan yang memperjuangkan isu hak asasi pada 19 Oktober lalu, bukan sahaja Najib terpaksa bergelut dengan kontroversi pembunuhan wanita yang dikaitkan dengan skandal pembelian dua kapalselam Scorpene dari Perancis malah pentadbiran Najib dalam tempoh tersebut juga menyerlahkan pelbagai kes pencabulan hak asasi manusia.

Tarikh ulangtahun 200 hari pentadbiran beliau kebetulan pula jatuh pada tarikh yang sama yang mencatatkan ulangtahun ketiga kematian Altantuya.

Antara pencabulan hak asasi yang paling ketara termasuk penyalahgunaan Akta Keselamatan dalam Negeri secara berterusan dengan kemuncak penentangan rakyat pada Perhimpunan Anti-ISA Ogos lalu.

Sehingga kini masih terdapat sembilan tahanan ISA di Kem Tahanan Kamunting disamping lebih seribu tahanan di bawah Ordinan Darurat 1969 dan Akta Dadah Merbahaya 1985.

Laporan itu juga mengkritik ketiadaan toleransi agama dan kaum walaupun Najib melaungkan slogan 1Malaysia sebagai tema pentadbiran beliau.

Insiden berarak dan memijak kepala lembu oleh kumpulan yang didakwa didalangi oleh Umno menampakkan tahap toleransi agama yang kritikal di bawah pemerintahan Najib.

Laporan itu menyatakan kerajaan Najib tidak berminat untuk mengubal Akta Hubungan Kaum dan menubuhkan Suruhanjaya Hubungan Kaum bagi menangani isu dan sentimen perkauman.

"Kerajaan Najib juga menunjukkan sikap tidak ada toleransi terhadap perhimpunan aman yang dijamin di bawah Perlembagaan Negara.

"Lebih 1,000 orang awam ditangkap kerana menghadiri perhimpunan aman termasuk 167 orang dalam tempoh 20 hari Mei tahun ini berhubung krisis politik Perak dan pemakaian baju hitam, tindakan berpuasa dan mogok lapar serta penyalaan lilin," kata laporan itu.

Berhubung kebebasan media, Suaram menyatakan pentabiran Najib terus memberi tekanan ke atas ruang kebebasan media di negara ini melalui akta dan peraturan yang ketat.

Ini termasuk tujuh garis panduan yang dikeluarkan oleh Kementerian Penerangan antara lain melarang laporan mengenai parti pembangkang.

Turut dikekang ialah media alternatif di mana wartawan dilarang membuat liputan berita dan laman web dipaksa mengeluarkan bahan serta klip video yang tidak disukai kerajaan.

Suaram juga mengkritik selepas tiga bulan pengumuman 10 penanda aras prestasi (KPI) oleh Najib tidak ada satu pun KPI tersebut dilaksanakan malah pencabulan hak asasi terus dilakukan oleh pihak berkuasa.

"Pentadbiran Najib juga gagal melakukan reformasi dalam perkhidmatan polis sehingga menyebabkan kes kematian dalam tahanan menjadi serius dan penyalahgunaan kuasa polis terus berlaku," jelas laporan itu lagi.

Kematian misteri Teoh Beng Hock semasa dalam kawalan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan ketelusan kerajaan dan polis menyiasat kematian itu disifatkan satu lagi kepincangan pemerintahan Najib.
-tvantara.com-

Tiada ulasan: