Mahu belajar tinggi hingga ke menara gading. Menghabiskan masa yang panjang, wang yang banyak, suasana yang baru dan melalui pertembungan budaya di tempat yang jauh dari kampung, lalu cuba dibudak-budakkan pemikiran anak-anak itu.
Di atas alasan apa sekalipun baik tekanan politik atau Akta Universiti dan Kolej Universiti, Naib Canselor Universiti Malaya Ghauth Jasmon tidak sepatutnya melalui wakil atau agennya melaksanakan sistem paksaan atau sistem tidak berperikemanusiaan di UM.
Kecualilah para pelajar Persatuan Islam dan dari Persatuan Bahasa Cina itu mengamalkan ajaran songsang atau mahu mencetuskan keganasan.
Inilah masalahnya dengan mereka yang bermentalitikan kelas ketiga biar di mana berada dan apa jawatan yang disandang.
Jika NC UM tidak berkeupayaan mengamal yang makruf dan nahi mungkar (terbaik), letak sahaja amanah rakyat itu kebahu orang yang lebih layak.
Gaji yang anda terima bukanlah dari mana-mana parti politik, tetapi ianya adalah wang rakyat termasuk hasil titik peluh orang kampung dari kalangan yang kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.
Apakah mendengar pandangan kedua yang juga merupakan nilai-nilai teras* universiti merupakan risiko kepada mahasiswa untuk diambil tindakan tatatertib termasuk dibuang universiti.
Mendengar pandangan kedua di universiti dan dalam proses pembelajaran itu boleh membuatkan mereka menjadi komuniskah ?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan