"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Kes Rogol Bawah Umur: Ketua Balai Polis Berpangkat Sarjan Mejar Ditahan Reman / UBN Najib Altantuya

Kota Bharu, 19 Oct:Seorang ketua balai polis di daerah Kota Bharu yang berpangkat sarjan mejar ditahan reman selama tujuh hari mulai hari ini
bagi membantu siasatan berhubung satu kes rogol di bawah umur, Sabtu lepas.

Ketua Polis Kelantan Datuk Abd Rahim Hanafi mengesahkan penahanan anggota polis berumur 49 tahun itu yang ditahan di ibu pejabat polis daerah Kota Bharu, semalam.

Beliau berkata pihaknya tidak akan berkompromi dengan mana-mana pegawai dan anggota yang melanggar disiplin pasukan polis.

"Anggota tersebut kini ditahan kerja serta-merta berkuat kuasa semalam.

"Kita masih lagi menyiasat kesalahan yang dilakukan itu dan tindakan susulan akan dikenakan sama ada digantung atau dibuang kerja jika didapati bersalah," katanya.

Beliau berkata kes berkenaan kini disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.
-BERNAMA-

Tiada ulasan: