"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Antara Mufti Harussani dan Perempuan India Yang Tabur Bunga Di Kaki TGHH

ramziredang
Semalam hati rasa sangat geram bila membaca kisah dongengan Harussani. Tetapi berlainan pula hari ini bila membaca di blog Dr Hamzah tentang penerimaan kaum India dan penganut Hindu terhadap PAS. Bila melihat g
ambar wanita India menabur bunga di kaki Tuan Guru Hj Hadi tercinta, maka tidak tersedar airmata ini mengalir deras. Titik titik jernih tidak mampu untuk ditahan lagi. Betapa melihat kebesaran Allah swt. Alangkah terharunya hati, jika kita benar benar insan yang ingin membuka mata, melihat dan memahami bahawa sesungguhnya sindiran Allah telah berlaku. Mufti tidak dapat menerima PAS tetapi kaum hindu menaruh harapan kepada perjuangan PAS, tidakkah itu satu sindiran yang jelas dari Allah yang memiliki tujuh petala langit dan tujuh petala bumi?

Jelaslah kepada kita betapa Allah Maha Berkuasa untuk mengunci hati sesiapa sahaja yang dikehendakinya. Maka hiduplah dia di dalam istidraj tuhan. Hiduplah dia di atas bumi tuhan dengan rasa aman damai dan tiada keluh kesah. Allah memberi kehidupan kepadanya dengan selesa seolah olah dia mendapat restu Allah, padahal hatinya terkunci rapi. Nauzubillah

Bergembiralah pula kepada para pejuang agama, Ternyata titik peluh PAS selama ini telah berhasil. Kaum agama lain telah mula menaruh harapan kepada PAS dan perjuangan Islam. Ternyata kemurnian dan kelembutan dakwah PAS telah berjaya merungkai kegerunan mereka terhadap Islam. Ternyata mereka mula menyedari semuanya itu adalah satu pembohongan UMNO semata mata.

Surah Al-Baqarah Ayat 155 hingga 157

Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar”

orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: ‘Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali.’

Mereka itu ialah orang-orang yang dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikan dari Tuhan mereka serta rahmatNya; dan mereka itulah orang-orang yang dapat petunjuk hidayahNya.”

Airmata ini mengalir deras kerana terasa betapa kerdilnya diri ini dihadapan tuhan yang Maha Esa. Melihat betapa seorang mufti yang penuh ilmu di dada , tetapi hidup dan perjuangannya semata mata kerana dunia. Hingga dia sanggup memutarbelit kata kata untuk menghina perjuangan Islam.

Sebaliknya pula orang yang berlainan agama pula diberi sedikit cahaya untuk melihat kebenaran dan kebaikan Islam yang di bawa PAS. Walaupun mereka masih belum mendapat hidayah petunjuk untuk memeluk Islam tetapi siapa tahu satu masa nanti Allah membuka hati hati mereka?

Telah nyata sekarang sinar Islam telah menyinari hati hati mereka. Mungkinkah ini satu petanda bahawa Islam akan kembali menguasai seluruh pelusuk nusantara? Seterusnya menguasai alam dunia?Allah jua yang Maha Mengetahuai dan Allah jua sebaik baik Perancang.

Dalam surah taubah ayat 92:

Dan tiada (pula dosa) atas orang-orang yang apabila mereka datang kepadamu, supaya kamu memberi mereka kendaraan, lalu kamu berkata: Aku tidak memperoleh kendaraan untuk membawamu, lalu mereka kembali, sedang mereka bercucuran air mata karena kesedihan, lantaran mereka tidak memperoleh apa yang akan mereka nafkahkan.

Ayat di atas menceritakan kisah 7 orang sahabat yang datang kepada Rasulullah untuk turut serta dalam peperangan demi mendapat keredhaan Allah. Ingin mengorbankan jiwa raga kerana Allah. Tetapi mereka terpaksa balik kerana tidak cukup kenderaan dan tidak cukup perbekalan senjata. Mereka balik dengan cucuran airmata.Air mata kesedihan karena tidak bisa memberikan apa-apa untuk Agama pada saat itu.

Itulah airmata seorang pejuang. Airmata pejuang sejati. Airmata seorang yang merindukan kejayaan umat Islam. Mereka menitiskan airmata kerana tidak dapat ikut berperang dan tidak dapat menyumbang apa apa untuk perjuangan.

Maka di manakah letaknya kita berbanding mereka?

Tiada ulasan: