Sofie Wahab
Saya mencadangkan supaya kerajaan negeri Melaka mengadakan solat sunat istisqa ekoran keadaan kemarau yang agak luar biasa yang kini dirasai oleh seluruh rakyat Melaka dan Malaysia.
Saya juga mencadangkan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam menjadi Imam Solat Istisqa ini dan ianya boleh diadakan di Stadium Hang Jebat.
Datuk Seri Ali boleh memilih hari dan tempat yang sesuai tetapi bagi saya Jumaat ini atau minggu depan adalah tarikh yangs sesuai sekali.
Selain itu selepas menunaikan solat sunat istisqa itu, saya cadangkan Datuk Seri Ali menyampaikan tazkirah mengenai pengertian solat itu berdasarkan hadis-hadis Rasulullah.
Di Kelantan program solat sunat dan tazkirah seperti di atas akan diadakan Jumaat ini di Stadium Sultan Muhammad ke-IV. Apa salahnya kerajaan negeri Melaka meniru Kelantan atas perkara-perkara yang baik seperti ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan