"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Zulkifli Noordin: Perbincangan berjaya! Terima Kasih YB Menteri beri RM215,000

dewa
ZulKifli Noordin dalam satu-satunya laman blog beliau, Zul4Kulim. blogspot.com mengucapkan terima kasih sepenuh hati kepada Menteri UMNO yang tiba-tiba sudi memberikan RM215,000 kepada kawasan Parlimen beliau.

Baguslah, kebajikan rakyat kena diutamakan. Cuma rasa lucu terfikir adakah YB Kulim akan menjadi pro-UMNO selepas menerima 'jasa baik' dari UMNO ini. Keratan artikel disertakan:

"Salam 2 all.

Alhamdulillah berita baik buat penduduk Kg. Keda Dingin dibawah Parlimen Kulim Bandar Bharu.Saya dimaklumkan oleh Kementerian Pembangunan Luar Bandar & Wilayah bahawa Kampung Keda Dingin dibawah Parlimen Kulim Bandar Bharu adalah antara 50 kampung seluruh negara yang terpilih untuk program keupayaan komuniti di bawah Program Tindakan Desa (PTD). Program komuniti tersebut akan dibuat menerusi Institut Kemajuan Desa (Infra) melalui peruntukkan pakej Ransangan Ekonomi Kedua (PRE-2).

Sebenarnya semasa sesi sidang Parlimen tahun lepas saya telah berbincang dengan YB Menteri untuk menimbang memberikan peruntukkan pembangunan kepada beberapa kampung di bawah Parlimen Kulim Bharu. Saya ingatkan Menteri tidak akan pertimbangkan sebab kawasan adalah milik pembangkang. Rupanya kementerian telah meluluskannya pada bulan Januari lepas, cuma baru ini saya dimaklumkan.
Biasalah kita pembangkang selalu tahu yang last, itu pun kalau dia nak bagitahu.

Tetapi apa pun saya mengucapkan terima kasih kepada YB Menteri dan para pegawai Kementerian khususnya unit Institut Kemajuan Desa (Infra) atas kelulusan tersebut. Dibawah projek ini, pembangunan Kg. Keda Dingin diberikan peruntukkan sebanyak RM215,600-00 dan disalurkan saperti berikut:

1. Projek tanaman jagung berkelompok RM80,000-00;
2. Pusat mencuci kenderaan RM65,600-00;
3. Bengkel mengecat kenderaan & kimpalan RM70,000-00.

Saya percaya penduduk Kg. Keda Dingin akan dapat memenafaatkan peruntukkan tersebut untuk pembangunan kampung dan memajukan komuniti. Kepada kampung-kampung lain dibawah Parlimen Kulim Bandar Bharu, insyallah saya akan berusaha untuk mendapatkan peruntukkan atau geran pembangunan lain daripada mana-mana Kementerian yang ada untuk menafaat pembangunan dan kemajuan kampung dan desa.

Wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
Khamis
25 Rabi'ul Awal 1431
12 Mac 2010".

Apa pun, saya doakan yang terbaik untuk semua. Moga-moga YB Kulim diberi hidayah. Nasihat saya ialah bersemangat saja tidak cukup. Adat dalam berjemaah dan strategi menawan hati non-Muslim dan Muslim jua perlu. Jangan sampai kita saja yang terasa diri kita jaguh Islam nombor 1 sedangkan golongan Muslim dan non-Muslim lari dari kita kerana sikap kita.

Tiada ulasan: