"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Hambali fail petisyen dibebaskan dari Guantanamo

WASHINGTON, 12 Mac: Hambali, yang kini ditahan di Teluk Guantanamo kerana terlibat dalam rancangan mengebom resort pelancongan Bali lapan tahun yang lalu, meragut sebanyak 202 nyawa, menghidupkan semula usaha perundangan untuk dibebaskan dari penjara tentera Amerika Syarikat itu.

Petisyen habeas difailkan di Mahkamah Daerah Amerika Syarikat di sini bagi pihak Hambali yang nama asalnya Riduan Isamuddin.

Dia merupakan anggota kanan rangkaian pengganas rantau Asia Jemaah Islamiah, yang mempunyai hubungan dengan Al-Qaeda.

Hambali juga didakwa membantu menguruskan pembiayaan kewangan untuk mengendalikan serangan bom ke atas Hotel Marriott di Jakarta pada 2003.

Pihak berkuasa mendakwa Hambali mengaku seramai 17 orangnya dibimbing untuk melancarkan serangan di Amerika Syarikat.

Jurucakap Jabatan Kehakiman tidak mahu mengulas tindakan memfailkan petisyen ini.

Katanya, belum ada keputusan akhir sama ada mahu mendakwa mereka di mahkamah tentera atau mahkamah persekutuan atau lokasi lain yang sesuai untuk sebarang pendakwaan.

Peguam berkata Hambali telah melengkapkan satu borang yang memohon mendapatkan khidmat peguam pada 2007 di Mahkamah Rayuan, tempat yang sesuai untuk memfailkan petisyen meminta dikaji semula penahanan di Teluk Guantanamao.

Bagaimanapun ia berhadapan dengan kelewatan disebabkan beberapa sebab, kata peguam dalam surat kepada mahkamah bulan lalu.

Peguam berkata kes itu seharusnya dirujuk kepada Mahkamah Daerah, yang kini merupakan tempat yang sesuai bagi tahanan Teluk Guantanamo memfailkan petisyen pembebasan mereka mereka.

Kes Hambali difailkan semalam dan akan didengar oleh Hakim John Bates.

Kini ada 188 tahanan di Teluk Guantanamo, Cuba.

Usaha pentadbiran Obama untuk menutup penjara itu tergendala ekoran halangan politik dan perundangan.

-Reuters/malaysianinsider-

Tiada ulasan: