"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Selangor Salur Bantuan RM10 Ribu Kepada Mangsa Keganasan Polis

Kerajaan Selangor akan menyalurkan bantuan RM10 ribu kepada Norizan Salleh dan mencarikan pekerjaan kepada mangsa keganasan polis itu bagi meringankan bebannya.

Exco Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains Teknologi dan Inovasi, Rodziah Ismail berkata kerajaan negeri menambah bantuan RM5 ribu lagi, menjadikan jumlah keseluruhan bantuan RM10 ribu.

”Kerajaan negeri Selangor telah bersetuju untuk memberi bantuan kepada wanita yang bernama Norizan Salleh, mangsa yang tidak bersalah dan telah ditembak oleh pihak polis yang sehingga kini belum dapat apa-apa bantuan daripada kementerian dalam negeri jadi kerajaan negeri bersetuju untuk memberi RM10 ribu," kata Rodziah.

”Kerajaan negeri akan memastikan selepas beliau pulih dan kemabli boleh bertugas disebabkan oleh kehilangan kerja selepas berehat tiga bulan ini, jadi Insyaallah kami akan carikan beliau kerja memandangkan beliau mempunyai anak yang berumur 11 tahun dan memerlukan pendapatan untuk menyara kehidupannya," tambah beliau.

Norizan adalah mangsa keganasan polis yang membuat berbelas-belas tembakan melulu yang hampir meragut nyawanya dalam kejadian 30 Oktober lalu.

Beliau cedera di bahagian lengan, pergelangan tangan, belakang badan dan berhampiran jantung sehinggakan menyebabkan ibu tunggal itu mengalami trauma sehingga kini.

Baru-baru ini, beliau cuba menyampaikan memorandum kepada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hussien tetapi tidak kesampaian apabila sepupu Datuk Seri Najib Razak itu mengelak dari bertemu Norizan.
-tvselangor

Tiada ulasan: