"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

SPRM Selangor Pasang CCTV Selepas Lapan Bulan Beng Hock Mati

SHAH ALAM, 12 MAC: Lapan bulan selepas kematian Teoh Beng Hock, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor, akhirnya mahu memasang kamera litar tertutup (CCTV) ketika mengambil keterangan saksi.

Pengarah SPRM Selangor, Datuk Ja'afar Mahad berkata, keputusan itu selaras dengan penggunaan CCTV yang dijalankan SPRM di seluruh negara mulai tahun ini.

"Kita dalam proses untuk mendapatkan peralatannya yang akan dipasang di bilik mengambil keterangan," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Mengikut Bernama, Ja'afar berkata, bilik berkenaan akan turut dipasang jeriji besi sebagai langkah keselamatan.

Katanya, pejabat SPRM Selangor berpindah ke Wisma PKPS di Seksyen 14 di sini dari Plaza Masalam awal bulan ini, untuk menampung staf yang semakin bertambah.
-tvselangor-

Tiada ulasan: