NOOR DIANA MOHD. RAZIS
UMNO semakin menampakkan sikap terdesak apabila sekali lagi melaksanakan operasi fitnah terhadap Ketua Umum PKR, YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Kali ini modus operandinya bertukar corak. Terkini, video rakaman Dato’ Seri Anwar Ibrahim dalam penjara semasa dalam tahun 2001 lagi.
Mungkin pihak UMNO merasakan tidak sebegitu mampan kesannya ‘drama bersiri’ kes fitnah ke-2 Dato’ Seri Anwar ke atas sokongan rakyat Malaysia. Maka senario fitnah ini di olah lagi agar lebih cantik dan menarik dengan kewujudan video rakaman Dato’ Seri Anwar yang kononnya rakaman semasa beliau dalam penjara dahulu.
Suatu kemusykilan terbit di hati orang ramai, sekiranya benar rakaman itu semasa Dato’ Seri Anwar dalam penjara, ini adalah amat jelas menunjukkan berlakunya diskriminasi terhadap Dato’ Seri Anwar semasa dalam tahanan.Mengapa kehidupannya dirakam sedangkan penghuni-penghuni penjara lain tidak di lakukan sedemikian rupa? Tentu ada dua orang manusia yang takut dengan bayang bayangnya sendiri. Siapa dua orang manusia itu? Tanya diri sendiri.
Apa motifnya? Untuk mencari kesilapan? Atas cara apa? Sudahlah dalam penjara, apa yang kesilapan yang bisa terjadi semasa dalam tahanan? Hanya ‘mereka’ yang menghasilkan VCD fitnah ini sahaja yang punya jawapannya. Kenapa dan apa tujuan mereka berbuat demikian ?
Sama ada UMNO sedar atau tidak, walau apa pun percubaan fitnah yang cuba di buat kepada Dato’ Seri Anwar Ibrahim tidak berkesan di hari rakyat. Malah rakyat lebih benci dengan kekejaman yang di lakukan kepada Dato’ Seri Anwar. PRU13 nanti akan jadi backfire.
Sebab itulah di awal tadi saya menyatakan andaian saya mungkin sahih, bahawasanya UMNO semakin kehilangan pengaruh di kalangan rakyat, maka kerana itulah mereka sedaya upaya ingin membinasakan insan yang bernama ANWAR IBRAHIM.
Pada sangkaan mereka, sekiranya Anwar tumbang, maka berkecai juga ikatan persaudaraan dalam Pakatan Rakyat. Pada telahan mereka, sekiranya Anwar berjaya di sumbatkan kembali dalam penjara, maka berakhirlah juga empayar Pakatan Rakyat.
Pada congakan mereka, sekiranya Anwar berhasil dimusnahkan maruahnya, maka rakyat akan berpusu-pusu kembali ke pangkuan UMNO? Anda silap wahai warga UMNO.
Ingin saya tegaskan sekali lagi, membujur lalu melintang patah, kami mendambakan demokrasi rakyat Malaysia. Seperti yang terlihat pada hari ini, walau didatangi pelbagai dugaan dan cabaran, kekuatan Pakatan Rakyat amnya dan PKR khasnya semakin teguh dari peringkat akar umbi sehinggalah keperingkat berpendidikan.
Sokongan dan dokongan yang diberikan kepada perjuangan PKR tidak dapat di nafikan lagi. Lihat sahaja setiap program/ceramah yang di anjurkan oleh Pakatan Rakyat dan PKR, sambutan yang diterima amatlah menggalakkan.
Maka kerana itulah UMNO kini tidak putus-putus membariskan satu-persatu agenda jahat mereka untuk menjatuhkan maruah dan keperibadian Dato’ Seri Anwar di mata masyarakat kerana mereka berpendapat, Pakatan Rakyat kuat kerana Dato’ Seri Anwar. Sekali lagi anda silap wahai warga UMNO.
Rakyat Malaysia berpaling arah kepada Pakatan Rakyat kerana telah lelah dengan sIstem pentadbiran UMNO/BN yang lebih terarah kepada kepentingan diri dan kroni mereka sendiri.
Apa keuntungan yang telah rakyat dapat? Selain daripada kenaikan kos sara hidup yang semakin meningkat hari demi hari. Kepayahan mendapat bekalan makanan asas? Kenaikan petrol dan gas? Inikah yang dikatakan Rakyat Di Dahulukan Pencapaian Di Utamakan?
Apakah rakyat Malaysia selayaknya di beri tekanan hidup yang melampaui? Apa cerita kes DUN Kota Siputeh yang mana wakil rakyatnya gagal menghadirkan diri di persidangan dewan undangan negeri selama dua penggal berturut-turut? Sebab apa berlaku? Sedangkan rakyat telah mengundi beliau untuk memperjuangkan nasib mereka? Tapi yang berlaku adalah sebaliknya.
Berbalik kepada VCD fitnah Dato’ Seri Anwar. Rakyat Malaysia bukanlah sebodoh yang mereka sangkakan. Rakyat Malaysia bukan lagi seperti dahulu yang hanya tahu menerima maklumat dari agen media massa UMNO/BN.
Hari ini rakyat Malaysia telah bijak menggunakan alternatif lain untuk mendapatkan kesahihan ke atas apa-apa maklumat yang diterima. Maka kerana itulah berlakunya tsunami politik pada PRU12 pada dua tahun yang lalu.
Atas alasan itulah juga makanya UMNO bertungkus-lumus ingin meranapkan karier dan maruah Dato’ Seri Anwar. Kerana revolusi kebangkitan reformasi ini bermula setelah Dato’ Seri Anwar dibebaskan dari penjara.
Oleh kerana ini jugalah mereka kini bersusah-payah ingin menghantar kembali Dato’ Seri Anwar kedalam penjara kerana selama beliau di bebaskan, para pemimpin UMNO senantiasa hidup dalam kegusaran dan tidur mereka senantiasa dihiasi mimpi-mimpi ngeri kejatuhan gagasan UMNO yang menjadi tunggak kehidupan mereka selama ini.
Kerajaan BN/UMNO bukan sahaja mengaibkan Anwar Ibrahim melalui fitnah kedua, tetapi setiap gerak gerinya dirakam dibuat VCD semasa dalam penjara dahulu untuk diedarkan dari rumah ke rumah. Patutkah Kerajaan BN/UMNO mengarahkan penjaga penjara meragam VCD Anwar Ibrahim kalau bukan bertujuan untuk mengaibkan beliau? Kalau hari ini Anwar Ibrahim dibuat sebegitu maka tidak heranlah satu hari nanti 'anak cucu' anda juga akan dibuat perkara yang sama.
Perlu diketahui, buatlah apa sahaja, kami tetap berdiri teguh bersama PKR dan Pakatan Rakyat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan