"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Risalah 'Saiful tak diliwat', dua ahli PKR ditahan

Dua anggota Angkatan Muda Keadilan (AMK) Gombak ditahan polis kerana mengedarkan risalah yang mendakwa laporan perubatan Hospital Kuala Lumpur dan Pusrawi bahawa Mohd Saiful Bukhari Azlan tidak diliwat.

Menurut timbalan ketua AMK Gombak, Zainol Abidin Mohamed, kedua-dua ahlinya, - Muhammad Hafiz Bidin dan Arie Yudistira Ishaq Arifin Fadli ditahan di Masjid Al-Ridwan Ulu Klang sebelum solat Jumaat oleh dua anggota polis.

Zainol Abidin berkata kedua-dua mereka dibawa ke ibupejabat polis daerah Ampang, Taman Dagang sejurus selepas ditangkap untuk diambil keterangan.

Beliau yang kini di IPD itu berkata beberapa pemimpin PKR termasuk ketua AMK Selangor Khairul Anuar Ahmad Zainuddin juga ada bersama.
-malaysiakini-

Tiada ulasan: