Bukan sahaja dilihat ia sebagai langkah membazir bahkan secara tidak langsung menunjukkan suruhanjaya itu tidak bersungguh-sungguh untuk menyakinkan rakyat kononnya ia sebuah badan bebas.
Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub berkata SPRM seharusnya mengambil pendekatan holistik dan mengenal pasti faktor mengapa kepercayaan dan keyakinan rakyat terhadap suruhanjaya itu kian terhakis.
“Dengan hanya membeli iklan, kemudian kalau selepas ini pendakwaan dan penyiasatan masih lagi terpilih-pilih, isu ikan jerung dan ikan bilis...persepsi rakyat masih tidak dapat di hilangkan saya rasa ia tidak dapat mengubah apa-apa," katanya.
“Tetapi mestilah ia (SPRM) bermula dengan satu iltizam yang kuat dan membuktikan terutama dalam opendakwaan, penyiasatyan dan juga kepada pihak-pihak yang disiasat mestilah SPRM tidak berpihak dan bersifat berat sebelah,” tambahnya.
Beliau berkata demikian mengulas mengenai tindakan SPRM menyiarkan rencana iklan secara halaman penuh dalam beberapa akhbar utama dalam empat bahasa hari ini.
SPRM memperalat individu tertentu antaranya Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia, Tan Sri Lee Lam Thye; Pengerusi Perundingan dan Pencegahan Rasuah, Tan Sri Dr Ramon Navaratnam dan pimpinan Pakatan Rakyat bagi menarik minat pembaca.
Ia kononnya antara langkah SPRM bagi mengubah persepsi rakyat terhadap suruhanjaya yang selama ini terpalit dengan pelbagai isu negatif dari amalan pendakwaan berpilih hingga kes kematian Teoh Beng Hock.
Sehingga kini, imej SPRM tidak berubah walaupun berlaku perubahan pucuk pimpinan apabila kini diterajui Ketua Pesuruhjayanya, Datuk Abu Kassim Mohamed.
-tvselangor-
-tvselangor-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan