"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Pilihan Raya Kecil Kamalanathan Calon BN Pilihan Yang Keempat

Mohd Sayuti Omar

DR MAHATHIR Mohamad awal-awal telah memberi peringatan kepada pengundi Hulu Selangor supaya memilih parti bukannya calon. Apabila Mahathir berkata begitu, bererti dia sudah tahu bahawa calon BN kali ini tidak begitu hebat dan mempunyai apa-apa keistimewaan. Sebab itu Mahathir mengalih perhatian daripada calon kepada parti. Apa lagi Mahathir cukup kenal dengan keistimewaan dan kehebatan calon PKR, Zaid Ibrahim semasa dalam Umno dulu.

Pandangan Mahathir itu bertentangan dengan aspirasi dan kehendak rakyat di Hulu Selangor yang tertindas dan dibiarkan kerajaan BN sejak lebih 50 tahun lalu yang mana mereka memerlukan calon yang boleh membela mereka dan membawa suara hati mereka di parlimen.

Kegagalan G Palanivel menjadi wakil rakyat yang baik telah meninggalkan kesan pahit kepada pengududuk Hulu Selangor. Sebab itu Umno dan MIC sendiri secara keras menolak Palanivel

Dengan memilih parti sudah pasti hasrat rakyat itu tidak akan tercapai. Sesudah lebih 50 tahun apalah yang BN lakukan kepada mereka? Berbagai masalah di Hulu Selangor khasnya melibatkan rakyat bawahan belum diselesaikan. Masalah pemilikan tanah, air dan kemudahan asas lain hanya baru terubah selepas Selangor diambil oleh kerajaan Pakatan Rakyat tahun 2008. Kehidupan masyarakat dalam kawasan Felda juga setakat lepas untuk memenuhi keperluan hidup seharian saja dan tidak mampu untuk bermewah. Masih ada peneroka yang belum mendapat gerak hak milik sepenuhnya.

Keuntungan atau aset yang menjadi milik Felda sebanyak RM400 billion tidak pun sampai kepada mereka bagi mengubahkan kehidupan tradisi Felda. Kekayaan Felda yang sudah dikorpartkan lebih untuk memberi kemewahan hidup kepada para kontraktor dan para penaungnya saja.

Mahathir dapat membaca apa yang menimpa BN pada pilihan raya kali ini. Parti itu menghadapi masalah dalam menentukan calon. Perbalahan MIC bakal membawa bahana kepada parti berkenaan. Samy Velly, Palanivel yang dicalonkan oleh MIC, serta V Mugilan yang dicalonkan oleh Umno, menghadapi pilihan raya kali ini dalam rasa kecewa dan dukalara apabila impian masing-masing tidak menjadi kenyataan.

Selalunya orang yang ditimpa perasaan malang ini tidak bersemangat, dan mereka akan berkerja ada kadar saja. Untuk tidak dikatakan merajuk ataupun bersikap kebudak-budakan mereka akan turun juga ke majlis ceramah membantu calon BN. Manakala para petugas Umno akan bekerja hanya mengharapkan upah dan imbuhan semata-mata. Kalau upah ini tidak dihulur mereka akan menutup pos dan bilik gerakan.

Muhyiddin Yassin pun tahu akan kewibawan dan kelemahan calon BN kali ini. Sebab itu dalam kenyataan akhbarnya semalam beliau cuba membina imej Kamalanathan dengan berbagai cara. Antaranya Muhyiddin mentafsirkan nama Kamalanathan mencermin aspriasi rakyat Malaysia yang berslogankan
1 Malaysia. Kata Muhyiddin nama Kamalananthan itu mewaikili tiga suku kaum di negara ini. Kamal katanya adalah nama Melayu, Alan, adalah nama Cina dan Nathan adalah India.

Apakah hanya tiga kaum atau bangsa itu saja ada di Hulu Selangor. Bagaimana dengan kaum Orang Asli? Apakah UBN telah melupai peranan dan kewujudan kaum Asli di Hulu Selangor?

Jelas apa yang Muhyiddin lalukan itu kerana beliau lihat tidak ada modal lain dan kelebihan lain kepada calon BN itu melainkan dari segi nama saja. Apa yang ada kepada nama? Sekuntum bunga tahi ayam kalau pun dinamakan ros ia tetap juga akan berbau busuk juga. Rasanya nama Zaid lebih mesra dan ada ertinya bagi orang Melayu kerana nama Zaid itu mengingatkan kita kepada Zaid bin Harithah anak angkat kepada Rasulullah s.a.w.

Kamalanathan, 35 belum ada apa-apa jasa dan bakti yang ditunjukkan selama ini. Orang tidak mengenalinya cemerlang dalam apa-apa pun. Nama beliau itu baru dikenali hari ini. Mungkin kalau tidak dicalonkan orang masih tidak tahu menyebut namanya. Dia sendiri tidak menyangka akan dipilih menjadi calon. Tetapi kerana BN menghadapi masih parti itu terpaksa melupai dua nama lain itu.

Dalam urutan calon BN, Kamalananthan berada diurutan ke empat. Selain dari Palanivel yang sudah awal-awal dicalonkan oleh MIC dan Mugilan dicalonkan Umno, seorang lagi calon berkulit hitam yang menjadi minat Umno ialah Mohd Farid Rawi Abdullah. Kalangan pemimpin Umno sangat berminat kepada penceramah ini. Dengan ilmu dan populariti yang ada kepada beliau, Rawi dikira mampu memberi cabaran sengit kepada calon PKR, Zaid Ibrahim. PKR mungkin angkat tangan sebelum masuk gelanggang kalau Farid Rawi menjadi calon.

Sayangnya Mohd Rawi enggan memasuki belenggu politik. Penceramah ini dapat membaca apa akan jadi kepada dirinya kalau dia berselimut dalam kanvas politik, lebih-lebih lagi Umno. Mungkin beliau sudah tahu akan onak dan reba serta juga kebusukan yang berhimpun dalam Umno maka beliau tidak bersetuju untuk menjadi calon.

Kesimpulannya calon BN adalah pilihan ke empat dan paling tidak popular. Fahamlah sendiri kalau sudah berada di tangga ke empat. Kalau BN sendiri berkecamukan dalam menentukan calon, rasanya pengundi Hulu Selangor dapat memikirkan apakah kesan kalau mereka terus memberi kepercayaan kepada calon itu. Kalau komponen BN sendiri kurang senang dengan Kamalananthan, masakan rakyat mereka selesai dengannya.

Saya lihat Kamalanatha juga sseperti gelabah dan masih dalam rasa bingung kerana dipilih menjadi calon. Dalam komentarnya selepas diumumkan sebagai calon, dia mengakui dirinya unik kerana dapat bercakap dalam bahsa Melayu, Inggeris dan Tamil. Betulkah itu keunikan? Rasanya itu bukan keunikan lagi. Setelah berada di Malaysia selama lebih 50 tahun kebolehan kita berbahasa Melayu bukan satu yang perlu dibanggakan lagi. Sebaliknya kebolehan itu sesuatu yang biasa yang tidak perlu dijadikan kebanggaan. Mana-mana orang yang tidak bercakap menggunakan bahasa Melayu yang baik ia dianggap sebagai tidak petriotik.

Apabila soal kebolehana ini cuba diketengahkan Kalamanthan dan menganggap dirinya sebagai unik, maka dapatlah kita meninjau sejauh manakah akal dan ketinggian siasah ketua penerangan MIC ini. Memanglah beliau unik, tetapi unik dalam kenunikan yang beliau rasakan sendiri sedangkan orang sedikitpun tidak merasa itu sesuatu yang boleh dibanggakan apa lagi dijadikan pra syarat untuk jadi pemimpin. Kehebatan Kalamanathan berbahasa Melayu mungkin dikagumi orang India tetapi tidak bagi Melayu dan Cina serta Orang Asli di Hulu Selangor.

http://msomelayu.blogspot.com/

Tiada ulasan: