"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Perpindahan Pengundi Seluruh Negara : SPR Berhasrat Huru - Harakan PRU13 ?

profesor
Akhirnya SPR, melalui Timbalan Pengerusinya dan juga Setiausahanya mengaku , memang ia membuat pemindahan secara besar – besaran lokaliti atau pusat mengundi , bukan sahaja di P94 Hulu Selangor yang melibatkan seramai kurang lebih 14,000 nama , malah juga di seluruh negara

Untuk P94 , adakah ianya dibuat bertujuan bagi memastikan kerusi ini ditawan oleh BN secara mudah ?. Kalau itu anggapan dan kiraan SPR dengan arahan Najib , ia mungkin suatu yang silap , salah ‘calculation’ walaupun ia adalah secara tradisinya merupakan ‘kubu’ BN sejak merdeka.

Adakah rakyat Hulu Selangor terus buta dan tak Nampak akan segala kepincangan UMNO/BN selama 50 tahun ini. Zaman bernostalgia sudah berlalu. Hulu Selangor tidak lah jauh dari Kuala Lumpur , lokasi dimana gerakan reformasi membadai negara sikit waktu dulu.

Manakala , untuk seluruh negara seperti yang diakui juga oleh Timbalan Pengerusinya , adakah ia bertujuan untuk BN merampas kembali semua kerusi yang dimenangi oleh PAS , PKR & DAP , selain merampas kembali negeri – negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat Kelantan , Pulau Pinang , Kedah dan Selangor ?

Walau apa pun justifkiasi SPR , seperti katanya 'Pindah pengundi dibuat secara sah' , tetapi hak pengundi telah dinafikan. Pengundi – pengundi berdaftar tidak dimaklumkan dan tidak secara sukarela bersetuju dipindahkan , walaupun ada akta yang berkaitan membenarkan.

Ini bukan bererti SPR boleh sewenang – wenangnya dan sesukahati membuat pemindahan ini.

Terdahulu , YB Kuantan Fuziah Salleh telah membuat usul di Parlimen supaya dibahaskan , namun ditolak oleh Speaker dengan kononya jawapan yang sudah disediakan oleh SPR dan UMNO.

Begitu juga Dewan Pemuda PAS Pusat [DPPP] menempelak SuruhanJaya Pilihanraya (SPR) berhubung dakwaan tindakan memindahkan pusat pengundian lebih 13,000 pengundi di Hulu Selangor.

Jawapan timbalan pengerusi SPR bahawa pemindahan ini adalah secara kebetulan sahaja, amat tidak 'releven' sama sekali memandangkan pilihan raya umum Ke-12 telah dua tahun berlalu

Tindak-tanduk mencurigakan ini membuatkan SPR seolah-olah berpihak kepada BN sedangkan SPR sepatutnya menjadi sebuah badan bebas dari dipengaruhi oleh mana-mana pihak.

Dengan ini DPPP membantah tindakan ini dan mendesak agar SPR bersikap lebih profesional dalam menjalankan kerja-kerja mereka dan bukan menjadi 'budak suruhan' kepada mana-mana pihak.

Persoalan

Adakah SPR bertindak membuat pemindahan lokaliti pengundi ini bertujuan untuk menghuru – harakan hari mengundi dalam PRU 13 nanti?

Adakah SPR bertindak membuat pemindahan lokaliti pengundi ini atas arahan Najib , UMNO & BN?

Adakah SPR bertindak membuat pemindahan lokaliti pengundi ini disusuli dengan memaklumkan kepada semua pengundi yang terlibat?

Tiada ulasan: