Itulah gelagat Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) yang dilihat cenderung mencanang agenda politik berbanding membela nasib orang Asal.
JHEOA bukan sahaja gagal bersikap berkecuali sebaliknya gagal menunaikan amanah dan tanggungjawab mereka.
Terbaru, JHEOA bertindak seolah-olah menjadi parti komponen UMNO Barisan Nasional apabila menghalang jentera pilihan raya PKR dari berkempen di perkampungan orang Asal di Hulu Selangor.
Hakikat ini bukan hanya diakui golongan celik maklumat bahkan diakui orang Asal.
“Selama 50 tahun mereka sudah memburukkan kaum ini. Mereka tekan, mereka tidak bagi bebas ni kaum ini merdeka,” kata Antares@Kit Leee, Orang Asal Kg Pertak
“Saya duduk sini dekat 18 tahun. Tak pernah aku tengok benda betul. JHEOA ditubuh masa darurat. Ia jadi penghubung antara komunis dan orang Asal. Sekarang mana ada darurat lagi,” katanya lagi.
Katanya, JHEOA menerima peruntukan besar kononnya untuk membantu membela nasib orang Asal tapi jabatan ini lebih gemar mencanang agenda politik daripada meningkatkan sosio- ekonomi masyarakat orang Asal.
Sebaliknya, beliau berkata, tanggungjawab mereka digalas badan- badan bukan kerajaan atau NGO yang prihatin dengan nasib kaum minoriti ini.
“Bantuan bukan datang dari kerajaan. Kadang-kadang orang NGO datang bawa pakaian, beras. Itu bantuan bukan kerajaan. Itu orang atau badan persendirian, bukan kerajaan," katanya.
Walaupun JHEOA diharapkan untuk menjaga kebajikan orang asal, katanya, mereka sebaliknya dalam diam dikatakan menarah harta dan khazanah orang asal.
“Bagi JHEOA, wang sudah masuk apa dia buat? Masuk hutan tengok balak. Ambil begitu saja.”
Antares juga menyatakan JHEOA yang tidak membekalkan pengetahuan kepada orang Asal yang masuk Islam hingga mereka akhirnya kembali ke corak penghidupan asal.
“Tidak faham. Ada yang masih makan babi. Minum arak. Nama sajalah,” katanya yang menganggap JHEOA tidak berfungsi langsung dan mencadangkan ia dibubar.
-tvselangor-

Tiada ulasan:
Catat Ulasan