"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Zaid Bakal Perolehi Banyak Undi Simpati

Ibrahim Baba
Hentaman dan pendedahan yang bertubi-tubi terhadap calon PKR dalam piliharaya kecil Hulu Selangor, Zaid Ibrahim, dijangka bakal memberi undi simpati kepada beliau. Demikian berkata seorang penganalisa politik semalam.

IB pun terasa demikian. IB bukannya minat sangat malah mempersoalkan juga pilihan yang dibuat oleh PKR meletakkan Zaid.

Dengan rekodnya yang lepas-lepas bukannya senang hendak dipertahankan. Zaidlah orang yang menentang habis-habisan apabila kerajaan PAS Kelantan ingin melaksanakan hukuman Hudud. Kalah orang-orang UMNO lain.

Zaid juga orang yang agak liberal pemikiran Islamnya. Dialah orang yang selalu bersama dengan kumpulan IFC dan Artikel 11 dalam pelbagai majlis mereka. Maka, jika IB seorang pengundi di Hulu Selangor, IB sudah pasti akan menolaknya.

Namun, BN pulak tidak meletakkan pengundi Melayu di kawasan yang jelas majoriti Melayu. Kenapa? Inilah suatu peluang yang mana BN patut berbuat demikian ditambah pula MIC bermasalah untuk menyetujui calon yang sesuai.

Namun, peringkat itu telah berlalu. Dua calon yang bakal berentap di hari penentu nanti. Siapa yang bakal dipilih oleh pengundi?

Dengan kempen “character assasination” yang IB rasa agak berketerlaluan yang dimainkan oleh BN secara rasmi, ianya bakal memberi impak negatif untuk BN. Cara berkempen BN ini tidak dilakukan secara bersembunyi. Mereka secara terangan melodehkan Zaid. Walhal, mereka lupa sebahagian besar para pemimpin mereka ada yang lebih teruk dari Zaid.

Dan jika benar Zaid kini sudah berubah dan bertaubat – sepertimana kata beliau – maka IB ucapkan tahniah dan pastinya turut mengundi beliau.

Strategi “Character Assasination” melampau yang dilakukan kini oleh BN sudah pasti bakal memakan diri. Kini beberapa pemimpin mereka mulai menggelabah membela diri masing. Malah IB ingin memetik kenyataan yang dibuat oleh Cikgu Pa dalam hal ini: “semua perdana menteri Malaysia – kecuali Tun Abdullah Ahmad Badawi – terlibat dengan pengambilan minuman beralkohol.

http://ibrahimbaba.wordpress.com/

Tiada ulasan: