"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Kartika selesai jalani hukuman

KUANTAN, 22 April: Bekas model sambilan, Kartika Sari Dewi Shukarno hari ini selesai menjalani hukuman khidmat masyarakat di Rumah Kanak-Kanak Tengku Ampuan Fatimah di sini, untuk selama tiga minggu.

Kartika Sari Dewi Shukarno (tengah) melambai tangan kepada pihak media dan jurugambar yang berkumpul di perkarangan pintu masuk Rumah Kanak-Kanak Tengku Ampuan Fatimah, Kuantan hari ini. – Gambar Bernama

Kartika, 33, sebelum ini terlepas daripada hukuman sebat selepas Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah berkenan meringankan hukuman itu.

Beliau dilihat meninggalkan rumah kanak-kanak itu kira-kira jam 6.20 petang dengan menaiki sebuah kereta Proton Perdana selepas mula ditempatkan di rumah itu pada 2 April lepas.

Kartika melambai-lambaikan tangan kepada pihak media dan jurugambar yang berkumpul di perkarangan depan pintu masuk rumah kanak-kanak itu.

Ibu tunggal yang mempunyai dua anak itu dijatuhkan hukuman enam sebatan dan denda RM5,000 oleh Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan pada 18 Julai 2009 selepas didapati bersalah meminum arak di sebuah resort di Cherating, Pahang.

Sementara itu, bapa Kartika, Shukarnor Abdul Mutalib, 62, ketika dihubungi berkata beliau bersyukur selepas hukuman yang dikenakan terhadap anaknya itu berakhir hari ini.

“Kami sekeluarga amat bersyukur pada Tuhan,” kata Shukarnor.

Shukarnor berkata dia sekeluarga kini berasa tenteram dan berharap mereka tidak lagi diganggu dan menjadi tumpuan pihak media.

Shukarnor berkata beliau akan mengambil Kartika Sari Dewi di Kuala Lumpur.

“Kami sekeluarga akan bertolak dari Perak ke Kuala Lumpur kerana Kartika akan bertolak dari Kuantan terus ke Kuala Lumpur bersama peguamnya,” katanya.

-Bernama-

Tiada ulasan: