"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Khairy, BN Enggan Jelas Kerjasama Umno-Apco

Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin dan barisan Kabinet Perdana Menteri Najib Abdul Razak di Dewan Rakyat hari ini gagal menjawab mengapa Umno mahu menjalin hubungan dengan syarikat yang mempunyai pertalian jelas dengan unsur-unsur Zionis.

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini dihadapkan dengan cubaan pemerintah untuk menggantungnnya selepas pemimpin reformasi itu membongkar hubungan Umno dan APCO.

Pemerintah mengelak dari memperincikan sedalam mana kerjasama Umno-APCO, sebaliknya cuba mengalihkan isu dengan menuduh Anwar bersahabat dengan orang Yahudi.

Khairy di Parlimen sebentar tadi mengangkat satu dokumen mengatakan Anwar mempunyai hubungan dengan pemimpin Amerika Syarikat, Paul Wolfowitz.

Sebelum itu, Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad membidas Umno kerana gagal membuktikan APCO tidak menasihati Najib dalam urusan 1Malaysia.

Beliau berkata demikian selepas Ahli Parlimen Kota Belud Rahman Dahlan mendedahkan Umno terpaksa meminta bantuan syarikat berkaitan Zionis ini untuk menyelamatkan kerajaan parti itu.

"Saya mahu katakan bahawa RM77 juta adalah risikonya, jumlah yang diperlukan untuk membaiki masalah yang dicetuskan Pakatan," kata Rahman.
-tvselangor-

Tiada ulasan: