"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Pilihan Raya Kecil Muhyiddin Dan Zahid Tidak Sokong 1Malaysia?

Mohd Sayuti Omar

POLITIK itu penuh dengan seni. Seni pula perlu dihayati dan ditafsir dengan tekun untuk mendapat intipatinya. Politik tidak pernah jujur dan hati-hati politik menyembunyikan maksud yang tertusuk di lubuk hati. Selalunya rakyat tertipu oleh orang politik.

Tengok dan renung gambar ini dengan menghalusi. Gambar ini dirakam oleh
Bernama

Ertinya tidak ada pembohongan. Dan gambar in memang pun tidak mempunyai apa-apa pembohongan. Ia bukan superimpose seperti gambar Zaid membidik botol arak, atau seperti superimpose gambar Najib sedang makan malam dengan Altantuya.

Cuba tenguk baju Muhyiddin, baju Kamalanathan, baju Najib, baju Zahid Hamidi dan baju Shaziman Mansor. Baju Najib dan Kamalanathan ada lambang keramat dewasa ini 1Malaysia. Ini lah juga slogan dan tema pilihan raya Hulu Selangor.

Tetapi kenapa di baju Muhyiddin, di baju Zahid tidak ada lambang
1 Malaysia. Mungkin di baju orang lain, tidak perlu dipersoalkan. Muhyiddin adalah timbalan presiden, Zahid adalah naib presiden Umno.

Apakah Muhyiddin dan Zahid ingin menyampaikan mesej secara senyap bahawa mereka tidak begitu gemar dengan calon BN, Kamalanathan? Seperti mana terpaksa diumumkan Muhyiddin Kamalanathan adalah calon
1 Malaysia Muhyiddin terpaksa berada di pentas bersama Najib.

Apabila mereka tidak memakai lambang
1 Malaysia boleh ditafsrikan mereka tidak berminat dengan Kamalanathan. Begitukah? Tafsirlah sendiri

http://msomelayu.blogspot.com/

Tiada ulasan: