"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Hentikan pembelian tenaga daripada IPP

SM Mohamed Idris
Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa kerajaan supaya menghentikan pembelian tenaga yang dikeluarkan oleh penjana tenaga bebas (IPP) kerana ia telah mengurangkan sumber Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan membebankan kepada pengguna.

Kami percaya TNB dengan pengalaman berdekad dalam pengeluaran tenaga tidak seperti IPP yang tidak mempunyai pengalaman apabila mereka memasuki industri ini, mempunyai kemampuan untuk mengeluarkan tenaga dengan lebih cekap pada kos yang lebih rendah.

Tambahan pula, keuntungan yang diperolehi oleh TNB yang merupakan syarikat kawalan kerajaan, akan memberikan manfaat kepada orang ramai dan negara daripada syarikat swasta.

Memperolehi tenaga merupakan hak asasi manusia yang asas dan keselamatan negara dan oleh sebab itu pengeluaran dan bekalannya tidak seharusnya dibiarkan di dalam tangan syarikat swasta yang hanya mengejar keuntungan.

Jika syarikat ini berdepan dengan masalah kewangan pihak kerajaan dipaksa menyelamatkan mereka dengan menggunakan dana awam untuk memastikan bekalan tenaga diperolehi berterusan. Pihak berkuasa perlu mempelajari daripada kegagalan projek penswastaan tempatan dan antarabangsa dan tidak mengulangi kesilapan yang sama.

Terdapat laporan bahawa rundingan sedang berjalan antara kerajaan dan lima IPP untuk semakan Perjanjian Pembelian Tenaga (PPA) generasi pertama. Pihak berkuasa perlu meletakkan tekanan ke atas IPP untuk menyemak semula syarat dalam PPA untuk mengurangkan bayaran TNB kepada mereka yang menjejaskan kewangannya.

Jika mereka enggan, cukai keuntungan perlu dikenakan terhadap keuntungan mereka yang besar itu. Perkara ini perlu dilakukan dan tidak perlu bimbangkan kesan sampingan ke atas pasaran bon.

Namun begitu keruntuhan TNB akibat kemampuan kewangannya yang terjejas akibat daripada pembayaran yang besar kepada IPP akan memberikan kesan yang boleh menjejaskan tenaga, ekonomi dan sektor kewangan kita.

PPA generasi pertama dilakukan oleh TNB walaupun mendapat bantahan kuat bekas Ketua Pegawai Eksekutif Tan Sri Ani Arope. Perjanjian ini dibuat dengan melanggar prinsip perkongsian swasta-awam. Tiada persaingan terbuka bagi projek itu. Kerajaan, bukannya TNB yang berunding dengan pencadang projek dan menekan TNB untuk menyempurnakan perjanjian itu.
Baca selanjutnya di sini

Tiada ulasan: