"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Suami berdepan penjara 10 tahun kerana mencabul isteri sendiri.

FAIZAL NAZARUDDIN
KANGAR: Hak-hak suami ke atas isteri teruji di Mahkamah Majistret di sini semalam apabila seorang juruteknik yang sedang dalam proses perceraian menghadapi dua pertuduhan iaitu mencabul dan mencederakan isteri sendiri.

MAZNI menutup muka selepas didakwa mencederakan dan mencabul isterinya di Mahkamah Majistret Kangar semalam.
Mazni Othman, 45, seorang juruteknik di sebuah kilang beras di Kuala Perlis dituduh melakukan perbuatan tersebut ke atas isterinya, Roziah Sidi yang berusia 40-an minggu lalu.

Kedua-dua perbuatan itu didakwa dilakukan oleh tertuduh di Jalan Tanjung Gelam, Simpang Empat dekat sini kira-kira pukul 10 malam pada 6 Disember lalu.

Roziah yang sudah tidak sehaluan lagi dengan suaminya itu telah pun memfailkan fasakh di Mahkamah Syariah di sini pada 2008. 

Pasangan tersebut dikurniakan tiga cahaya mata yang kini di bawah jagaan tertuduh. Mazni bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas kedua-dua tuduhan itu. 

Dia sebaliknya memohon dibicarakan terhadap pertuduhan itu yang dibacakan di hadapan Pendaftar Mahkamah Majistret Kangar, Noraishah Ahmad.

Ketika keluar dari Mahkamah Majistret sambil diiringi dua anggota polis, tertuduh menutup mukanya dengan akhbar Kosmo!.

Pertuduhan dikemukakan oleh wakil Timbalan Pendakwa Raya, Inspektor Azwan Irwan Yaakop manakala tertuduh diwakili peguam Zuhir Ahmad Zakuan.

Berdasarkan fakta kes, Mazni dituduh menggunakan kekerasan ke atas Roziah dengan niat mencabul kehormatan dan mencederakan isterinya itu mengikut Seksyen 354 dan 323 Kanun Keseksaan.

Kedua-dua kesalahan didakwa dilakukan pada malam yang sama.
-kosmo-

Tiada ulasan: