"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

TL2 dan TAS555 muncul di Seri Perdana?

tenggara
Salam,semua orang sudah maklum dan sedia tahu bahawa kepimpinan Umno akan diubah atau dirombak bukan sahaja kepimpinan Umno peringkat negara tetapi juga di peringkat Negeri terutamanya di negeri Terengganu.

Semalam dikatakan 2 kereta mewah bernombor plat TL2 dan TAS555 kelihatan memasuki kediaman Perdana Menteri,Seri Perdana di Putrajaya.Menurut sumber kenderaan itu adalah milik 2 Ahli Politik dari Terengganu.TL2 adalah kenderaan rasmi Ahli Parlimen Kuala Nerus,Dato Mohd Nasir Fikri manakala TAS555 pula adalah kenderaan rasmi Datuk Seri Ahmad Said,Menteri Besar Negeri.

Khabarnya mereka berdua dipanggil segera oleh Perdana Menteri untuk berbincang mengenai satu isu iaitu isu kedudukan Menteri Besar Negeri Terengganu.Khabarnya Ahmad telah hilang kepercayaan Tuanku dan beliau sendiri tidak berhasrat untuk meneruskan kepimpinan di negeri itu.Nasir Fikri pula dipanggil kerana beliau adalah pengganti kepada Ahmad untuk mengisi jawatan itu. 

Walaupun berita ini belum disahkan tetapi berita ini telah tersebar meluas sehingga menjadi buah mulut dikalangan orang-orang politik didalam negara.

Tiada ulasan: