"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Kes Aminurasyid: Rakan saya tembak ke arah Aminulrasyid - Polis

Perbicaraan kes bunuh Aminulrasyid Amzah hari ini dimaklumkan oleh konstabel Mohd Hafizd Mohd Yusoff bahawa rakannya Korporal Jenain Subi memang melepaskan tembakan dari senjata Heckler and Koch MP5 ke atas remaja berusia 14 tahun itu di Jalan Tarian, Shah Alam.

Menurut Mohd Hafizd, Jenain melepaskan tembakan apabila kereta peronda Proton Wira mereka memasuki Jalan Tarian di mana kereta putih Proton Iswara yang dipandu oleh Aminulrasyid akhirnya terbabas dan berlanggar ke arah sebuah tembok.

Menjawap soalan daripada timbalan pendakwa raya Mohd Dusuki Mokthar, Mohd Hafizd berkata rakannya itu, Jenain mensasarkan senjatanya ke arah kereta Aminulrasyid ketika melepaskan tembakan.

Aminulrasyid, 14, dijumpai mati dengan sebutir peluru di kepalanya di kereta yang dipandunya pada 26 April tahun ini.
-malaysiakini-

Tiada ulasan: