"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Empat kakitangan penjara maut kenderaan masuk gaung

PENAMPANG, 16 Dis: Empat kakitangan Penjara Tawau terbunuh dalam satu kemalangan apabila bas kepunyaan jabatan itu terbabas lalu terjatuh dalam gaung di Kampung Moyog, Penampang, pada 10.10 pagi ini.

Mengikut senarai yang dipamerkan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat di tempat kejadian, mereka dikenali sebagai Madinh Alhmdullah, Selamat Idris, Muslimin Muhammad dan Sabirin Murad.

Mereka adalah antara 25 penumpang bas itu yang sedang dalam perjalanan dari Keningau ke Kota Kinabalu selepas menyertai kejohanan bolasepak Piala Pengarah Penjara Sabah di Keningau semalam.

Penumpang yang cedera dihantar ke beberapa hospital berhampiran. 
-Bernama-

Tiada ulasan: