"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Jamil Khir Baharom dah dihinggapi batuk-batuk atas tangga perangai orang politik

Mummy Rokiah
Apabila Utusan menyiarkan berita di muka hadapan perkahwinan Abdul Manan Osman dan pasangannya Siti Maryam Mahmood yang berumur 14 tahun berbagai reaksi berbangkit berikutan perkahwinan ini yang dikira sebagai perkahwinan bawah umur atau “child marriage”.

Marina Mahathir melalui tulisannya dalam The Star menyelar pihak yang tidak menegur serta membenarkan perkahwinan ini. Menurut beliau perkahwinan tidak harus dilihat untuk menghalalkan perhubungan sex

Justru itu beliau menyeru supaya diharamkan terus perkahwinan kanak-kanak dalam negara ini selaras dengan konvensyen CEDAW (Convention for the Elimination of All Forms of Discrimination Against Women) yang ditandatangani Malaysia.

Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr Wee Ka Siong pula menyatakan pihak kementerian beliau tidak dapat campur tangan di dalam hal ini kerana tidak ada polisi di bawah kementerian beliau yang menegah perkahwinan bawah umur.

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil langsung tidak bersetuju dengan perkahwinan yang melibatkan remaja bawah umur kerana khuatir kesannya kepada masyarakat.

Remaja bawah umur masih memerlukan perlindungan, bimbingan dan pembelaan daripada keluarga bukannya menggalas tanggungjawab untuk menguruskan rumahtangga.

Seperti biasa Menteri Di JPM, Jamil Khir Baharom telah dihingapi penyakit perangai orang politik yang cuba mengelak dengan kenyataan untuk tidak mahu perpanjangkan isu ini.

Hujah dan perdebatan ini jika tidak dihurai dan rungkai secara intelektual dan bijaksanana ia akan sekali lagi menampilkan kekolotan dan tidak bertamadun Jabatan Agama Islam, Menteri Agama Jamil Khir Baharum, perundangan Syariah dan Islam akan menjadi bahan lucu secara keseluruhan.

Apapun hujah logik akal, persepakatan konvenyen dan resolusi antarabangsa masakini tidak boleh dibuat perbandingan dan didebat “apple to an apple” di antara wahyu, sunnah, hadis, hukum yang termaktub di dalam Al Quran dengan hujah akal manusia yang hanya panjang sejengkal

Tiada ulasan: