"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
JANGAN GUNA GOOGLECHROME JIKA ADA GANGGUAN MALWARE

TANGKAP SEGERA KETUA PENGARAH KASTAM!

 Saudara Pengarang,

SERBUAN oleh SPRM bersama beberapa lagi agensi pengkuatkuasa terhadap seorang Pengarah Kastam di Pahang dan beberapa pegawai kastam untuk membantu siasatan yg dipercayai mereka telah menjalankan kegiatan ‘Penggubahan Wang haram, Rasuah dan Menyalahguna kuasa dan kurang kutipan cukai yang sepatutnya dibayar sehingga merugikan kerajaan berbillion ringgit.’

Sebenarnya Ketua Pengarah Kastam, Dato Khalid dan lagi seorang Pengarah bernama Hj.Salleh harus disiasat kerana dikenal pasti kedua Pengarah Kastam atasan tersebut melakukan rasuah sehingga kaya raya dan menunggu masa pencen kerana saya yakin aset kedua pegawai tersebut lebih hebat daripada pengarah yang dicekup SPRM.

Sebagai warga Malaysia dan juga pembayar cukai, saya ingin mengingatkan pihak berkuasa, terutama SPRM jangan menjalankan ‘OPS Tayang’ atau serbuan ‘Double Standard’ kerana banyak artikel mengenai Ketua Pengarah Kastam telah dibongkarkan dengan maklumat yang diberi oleh Pegawai Kastam pencen yang disiarkan oleh Sabahkini.net dipercayai benar.

Di sini saya ambil kesempatan untuk bertanya SPRM adakah kes Kapal kargo yang di ekup oleh Polis Marin di Bintulu, Sarawak berapa tahun lepas dengan muatan minuman keras, rokok dan barangan bercukai dirampas bersama kapal atau dilepas kapal tersebut bersama barang dan tauke penyeludup hanya bayar kompaun dengan alasan yang diberi oleh Kastam kapal yang dicekup itu semua kargo untuk transhipment bukan mahu masuk ke perairan Bintulu oleh kerana kapal tersebut rosak. Cuba SPRM rujuk kembali kenyataan Jabatan Kastam terhadap kes tersebut.

Untuk makluman SPRM, ketika itu, jika tak silap saya, Dato Khalid ialah Pengarah Kastam Sarawak dan nama kapal yang dicekup itu ialah KPK.

Pengarah Kastam Negeri yang menjadi kesayangan Ketua Pengarah ialah Hj Salleh. Beberapa tahun lalu, Hj.Salleh ialah Pengarah Kastam Labuan dan berjuta ringgit kerajaan telah rugi kerana kayu balak yang dibawa masuk ke Labuan oleh sebuah syarikat ‘Anika Rotan’ untuk transhipment dan disimpan di Asian Supply Base Yard.

Untuk pengetahuan SPRM, semua kayu balak ‘under declare size’ yang dikirim keluar dan document semua diatur oleh sebuah syarikat bernama ‘Sillion Shipping’. Kita juga minta SPRM siasat kes tersebut kerana jangan hanya gemar menangkap ikan bilis tetapi melepaskan jerung.

Kedua pengarah tersebut hanya tunggu pencen kerana mereka sudah menjadi jutawan. Kami menggesa ‘Special Task Force’ yang ditubuhkan baru-baru ini; yang berjaya mencekup Pengarah Kastam Pahang agar membuka semula fail Kes Bintulu dan siasat Dato’ Khalid dan Hj.Salleh kerana mereka telah merugikan negara dan memenuhkan poket mereka sendiri.
Saya juga meminta jasa baik SPRM agar memantau;

1. Pelabuhan Kota Kinabalu dan Sandakan kerana kontena rokok dan minuman keras ditarik masuk tanpa mengisytiharkan kontena tersebut mengandungi rokok atau minuman keras.

2. Rokok dan minuman keras juga dibawa masuk ke Sabah melalui Sipitang Dan Lawas.

3. Syarikat Utusan Trading dimiliki seorang Wanita yang lebih dikenali ‘Tauke Niu’ dan dua rakan kongsinya Lim atau ‘Tua Pui’ yang pernah dibuang daerah ke Sandakan oleh Pihak Polis. Manakala sebuah syarikat lagi bernama MU Trading. Ketiga syarikat tersebut telah bergabung untuk membekal semua minuman keras ke seluruh Sabah. Berpuluh ribu ringgit telah dibayar kepada Kastam, MOF, APPM setiap bulan dan jika ada serbuan oleh Jabatan Kastam hanya sebut dibeli dari Tauke Niu atau Kelly Tan; maka Pegawai Kastam macam jalan kawad "pusing belakang, cepat jalan " dan tiada sebarang tindakan. Kalau bukan daripada Tauke Niu, angkut semua barang naik kereta.

4. Setiap hari 3 hingga 4 Lori masuk pelabuhan Labuan dengan muatan minuman keras dan rokok untuk dimasuk ke dalam Feri Express secara halal. Alasan oleh Kastam Labuan; minuman dan rokok ada ‘declare’ dan untuk ke ‘Duty Free’ Limbang border. Bolehkah beratus karton minuman dan rokok ‘declare’ dan masuk feri penumpang setiap hari? Feri Express bawa penumpang atau kargo? Saya difahamkan Kastam Labuan minta RM18,000 sebulan daripada setiap Sindiket penyeludup. Duit yang diterima oleh pegawai Kastam Labuan akan dibagi dengan pegawai dari Ibu Pejabat Kuala Lumpur. Seorang penyeludup berkata, dia sudah berhenti kerana permintaan Kastam Labuan terlalu mahal dan di Kota Kinabalu minuman ‘direct’ ditarik oleh Tauke Niu, lagi  murah. Sindiket di Kota Kinabalu yang tarik kontainer ialah kroni Ketua Pengarah Kastam. Ketua Pengarah Kastam sengaja menjaga ketat Labuan supaya penyeludup boleh masuk secara halal ke Kota Kinabalu dan Sarawak

5. Pegawai lain yang dalangi dan bersubahat akan kami bongkarkan identitinya dalam surat akan datang.

Salam hormat,

GRUP ANTI PENYELUDUPAN

1 ulasan:

azmie berkata...

woww suruhanjaya pilihanraya serbu kastam. sbb pengubahan undi haram kot.