Penarik Beca
Lebih sebulan tak main blog. Jangankan blog, internet tak main, surat khabar tak tengok, berita dalam tv aku benci, semua tak. Hanya tau sikit-sikit cerita bila kawan-kawan bersembang di kedai kopi atau ada yang hantar sms atau telefon. Seronok jugak hidup begitu.
Ada orang tanya, bakaq dah mampoih ka? Tak mampoih lagi. Dok gemok serupa tu la. Sebut pasal mampoih, harap sangat saya sempat bertaubat sebelum mati
Ada orang tanya, bakaq dah mampoih ka? Tak mampoih lagi. Dok gemok serupa tu la. Sebut pasal mampoih, harap sangat saya sempat bertaubat sebelum mati
Sebenarnya, punca tak dak internet ialah bila pindah rumah. Bila Telekom lambat sangat proses pindah line ke rumah sewa yang baru ni, saya jadi malas. Bila line dah ada 23 Mac lalu, komputer pulak rosak tak repair-repair lagi. Ni pun ciluk sat laptop anak ni. Dia keluaq dengan Pak Lang dia tengok MU berentap dengan Chelsea. Budak tu tergila-gilakan MU. Macam bagus sangat MU tu.
Selain rumah sewa yang baru serta jiran-jiran baru yang baik-baik belaka, memang banyak perubahan yang saya alami. Perubahan terbesar ialah kehilangan anak yang sampai la ni saya rasa tak tau nak cakap la. 14 Mac lalu genaplah 100 hari dia meninggalkan kami. Sampai la ni saya, isteri saya dan tiga lagi anak saya yang masih ada, abang dan dua kakaknya, terasa sangat kosong dan hampa. Rumah rasa kosong. Dalam hati lagi la kosong. Pedih. Sampai la ni kami menangis kalau duduk bersama bersembang fasal dia, bila berdoa untuknya. Allah tolonglah ampuni, kasihani, sejahterakan dan maafkan anak saya!
Allahummagfirlahu, warhamhu, wa'afihi. wa'fu'anhu.
Yang tak berubah dan semakin berapi ialah kebencian terhadap mudharat terbesar negara ini, Umno. Yang tu tak upaya nak ubah. Yang saya bersyukur ialah saya tak benci Umno kerana saya 'asabiyyah kepada parti-parti lain. Peduli apa aku parti-parti lain. Saya benci Umno kerana kelaku Umno sendiri. Sebab itulah, bukan saya yang menentukan sama ada saya benci kat Umno atau tidak. Umno sendiri yang menentukan. Kalau setakat cakap "berubah atau rebah", tetapi perangai makin hari makin bedebah, lagi kuat aku berdoa supaya Allah s.w.t. mela'natkan jibta wat-taghut.
Memang, saya benci Umno bukan sebab saya suka sangat kepada mana-mana parti yang lawan Umno. Saya benci Umno kerana kelaku jahat Umno itu sendiri. Dan, bukan saya yang boleh menentukan kebencian saya dapat dipadamkan. Kelaku Umnolah yang menentukannnya. Setakat hari ni, kelaku Umno bukan sahaja bertambah jijik, malah saya tak nampak lagi sebarang harapan kelaku dia boleh jadi elok.
Kalau nak kata benci Umno kerana pembangkang, pembangkang pun saya benci berapi kalau kelaku dia jahat macam Umno atau boleh dibeli sekupang tiga oleh Umno. Yang kata boleh dibeli sekupang tiga oleh Umno ialah jenis bodoh dan boleh ditipu hidup-hidup oleh Umno. Dah la dia ditipu Umno, dia tipu pulak orang lain untuk menutup kebodohannya yang boleh dibeli sekupang tiga oleh Umno. Jenis tu lagi tak boleh pakai. Lebih bahaya dari Umno.
Dan kalau benarlah ada pihak dalam pembangkang yang disiasat tuduhan ke atasnya oleh pihak berkuasa dok berbaik-baik dengan Umno supaya dirinya atau ahli keluarganya boleh terlepas dari tindakan, jenis tu lah yang paling jahat sekali. Asal diri sendiri atau ahli keluarga yang dipertahankannya selamat, jenis tu sanggup jadi agen Umno sekalipun. Mereka sanggup buat apa saja, termasuk mengatur pertemuan sulit antara pemimpin pembangkang dan pemimpin Umno.
Dan kalau ada pemimpin pembangkang yang dibiayai oleh syarikat-syarikat yang dikatakan ada kaitan dengan Umno atau polis, jenis tu juga yang paling jahat sekali. Jenis-jenis tu akan sentiasa tabur paku di atas laluan rakyat untuk menghambat Umno. Kalaulah ada golongan seperti itu, Allah tolonglah tangani puak-puak tu!
Takat ni dulu. Tak larat dah. Tentang isu semasa, saya alu-alukan penubuhan suruhanjaya diraja siasat video seks yang puak Umno kata Datuk Seri Anwar Ibrahimlah musibat dalam video tu. Tindakan kerajaan nak tubuhkan suruhanjaya itu sangat dialu-alukan. Ia membuktikan kerajaan mengiktiraf rasa tidak percaya rakyat kepada badan kehakiman dan mahkamah negara ini dalam menangani isu-isu seperti itu. Kalau badan kehakiman dan mahkamah negara ini dipercayai dan tidak dicebik-cebik oleh rakyat, tak perlu ada suruhanjaya seperti itu.
Orang tanya saya, lagu mana kalau dapat dibuktikan tanpa sebarang keraguan yang munasabah bahawa Anwarlah musibat yang berzina dalam video tu? Saya jawab, peduli apa aku. Aku lawan Umno bukan fasal Anwar. Masa Anwar dalam Umno dulu pun aku lawan Umno.
Malah, hilang rasa percaya aku kepada Anwar sejak Mac 1982 pun sebab dia menyelanak dalam parti Umno tu. Sampai la ni aku tak percaya. (Komen-komen lain kalilah saya moderate. Ni pun kira lama dah ni ciluk laptop anak)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan