"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Allahyarham Ahmad Sarbani dikebumi hari ini


Kira-kira 200 orang termasuk pegawai kanan Jabatan Kastam DiRaja Malaysia (JKDM) dan rakan-rakan pegawai kastam, Allahyarham Ahmad Sarbani Mohamed berada di perkarangan kediaman rumahnya di Kelana Jaya.


NONE
Turut hadir ahli keluarga, sanak saudara dan jiran-jiran Allahyarham.


Mereka menunggu ketibaan jenazah Ahmad Sarbani yang ditemui mati dipercayai jatuh dari tingkat tiga bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Jalan Cochrane di ibu negara pagi semalam.

Beliau adalah pembantu pengarah di pejabat Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Selangor dipanggil oleh SPRM untuk membantu siasatan berhubung kes rasuah.

Ketika ini, jenazah berada di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM). Malaysiakinidifahamkan jenazahnya akan dibenarkan dibawa pulang sebentar lagi.

Allahyarham akan disembahyangkan di Surau Ar-Rahman, yang terletak kira-kira 50 meter dari kediaman beliau.

Malaysiakini difahamkan beliau akan dikebumikan di tanah perkuburan Islam di Kota Damansara.

Ketika ini, pihak pengurusan surau berkenaan menganjurkan majlis bacaan surah Yassin dan tahlil.

-malaysiakini-

Tiada ulasan: